web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Solat Tarawih Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal, 'Aura' Ramadan Dirasai Semula

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 8:52AM

Umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai malam tadi. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramadan tahun ini pastinya lebih bermakna buat umat Islam di seluruh negara selepas mereka dibenar menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal mulai malam tadi.

Perkara itu selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik, yang berkuat kuasa semalam, selepas lebih dua tahun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan termasuk pengenalan amalan penjarakan fizikal di rumah ibadat.

Kelonggaran menunaikan solat tarawih tanpa penjarakan fizikal nyata telah mengembalikan 'aura' Ramadan yang tidak dapat dinikmati pada tahun-tahun sebelum ini dengan rata-rata jemaah di seluruh negara amat menantikan detik itu.

Ruang solat di Masjid Jamek Kampung Baru yang berkapasiti 3,000 orang tanpa penjarakan fizikal dipenuhi jemaah yang menunaikan solat tarawih malam tadi manakala di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pula kelihatan jemaah warga asing turut tidak melepaskan peluang untuk menunaikan ibadah itu.

Solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru malam tadi. - Gambar Abdul Razak Latif
Solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru malam tadi. - Gambar Abdul Razak Latif
Ruang solat di Masjid Jamek Kampung Baru berkapasiti 3,000 orang tanpa penjarakan fizikal. - Gambar Abdul Razak Latif
Ruang solat di Masjid Jamek Kampung Baru berkapasiti 3,000 orang tanpa penjarakan fizikal. - Gambar Abdul Razak Latif
Suasana solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru malam tadi. - Gambar Abdul Razak Latif
Suasana solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru malam tadi. - Gambar Abdul Razak Latif

Di PERAK, pekerja swasta Aliff Nor Mukhriz, 53, berasa sebak apabila berpeluang solat di masjid tanpa penjarakan fizikal kerana kemanisan itu dapat dirasai semula seperti menyambut bulan Ramadan sebelum pandemik COVID-19.

Pengerusi Masjid Jamek Klebang Restu di Ipoh Mohd Khir Napiah berkata meskipun menyambut baik kelonggaran itu, pada masa sama pihak masjid akan memastikan semua jemaah mematuhi SOP selain menetapkan makanan untuk berbuka puasa disediakan secara berbungkus.

Di PAHANG, kakitangan awam Shazli Sufi Che Unik, 33, tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat tarawih malam ini bersama keluarga di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan.

“Tahun sebelum ini, saya dan keluarga solat di rumah sahaja tapi kali ini kami teruja untuk ke masjid bersama-sama mengimarahkan Ramadan namun saya berharap jemaah sentiasa mengenakan pelitup muka dengan betul bagi mengekang jangkitan COVID-19,” katanya.

Di Masjid Arau PERLIS, seorang jemaah Aiman Haikal Nasiruddin, 39, berkata walaupun terdapat kelonggaran, beliau sentiasa mengingatkan keluarganya untuk terus memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sewaktu menunaikan solat tarawih di masjid bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Tinjauan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, SABAH pula mendapati kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam ini dan pihak masjid turut membuat pengumuman tentang SOP yang perlu dipatuhi sebelum solat bermula.

Bagaimanapun, pesara kerani sebuah agensi kerajaan Md Idrus Rahmat, 63, sedikit terkilan kerana masjid itu, yang boleh memuatkan 12,000 orang, tidak penuh malam tadi serta berharap hari ini dan hari seterusnya lebih ramai jemaah datang terutama golongan muda.

Di PUTRAJAYA, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima kira-kira 1,500 jemaah dari kawasan sekitar dan solat tarawih malam tadi dipimpin oleh Imam dari Algeria, Syeikh Mohamed Chourana.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Mohd Hisyarullil Md Husain berkata setiap hari, tujuh pegawai dan kakitangan masjid yang bertugas akan memastikan jemaah mematuhi SOP ditetapkan semasa menunaikan solat tarawih.

Tinjauan di Masjid Mukim Kenor di Kuala Krai, KELANTAN pula mendapati kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat tarawih dengan mematuhi SOP ditetapkan meskipun hujan lebat sejak petang.

Di TERENGGANU, Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Multimedia Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu Fariq Awi berkata kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam tadi yang dipimpin oleh enam imam secara bergilir-gilir manakala Masjid Raudhatul Jannah di MELAKA menerima hampir 1,000 jemaah pada malam Ramadan pertama ini.

Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 600 jemaah memenuhi pekarangan Masjid Negeri di Seremban untuk menunaikan solat isyak dan tarawih yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Dr Muhammad Yusry Mazlan.

Di Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas, PULAU PINANG pula menyaksikan ibu bapa membawa anak masing-masing untuk menunaikan solat tarawih selepas negeri itu membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 hadir bersama penjaga yang telah lengkap vaksinasi untuk solat berjemaah di masjid atau surau.

Di Masjid Setia Alam di Shah Alam, SELANGOR, jemaah mula memenuhi ruang solat sekitar 8.30 malam untuk menunaikan solat isyak seterusnya solat tarawih manakala di Masjid Zahir di Alor Setar, KEDAH terdapat jemaah yang hadir seawal 7 malam bagi menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 10 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi