web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif Penanaman Semula Pokok MPOGCF Mampu Perkasakan Pemulihan Hutan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 8:08PM

Pengurus Besar MPOGCF, Zamakhshari Muhamad membuat pemeriksaan lapangan ke atas tapak Program Penanaman Pokok Hutan 1 Juta di Lower Kawag, Hutan Simpan Ulu Segama-Malua di Sabah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuliharaan sumber hutan bagi mengekalkan kelestarian perlu digerakkan secara lebih agresif bagi memastikan ia mampu menangani perubahan iklim dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Pengurus Besar Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF), Zamakhshari Muhamad berkata, MPOGCF telah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi dan pakar perhutanan sejak beberapa lama bagi merealisasikan matlamat itu.

Menurut beliau, mereka telah melaksanakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok tahun lalu demi menangani perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup rakyat, bersesuaian dengan tema sambutan, ‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’.

“Kami sentiasa menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta amalan mampan yang berkaitan industri minyak sawit negara.

“Ia mencerminkan komitmen industri minyak sawit yang serius dalam melaksanakan pemuliharaan hutan,” katanya.

Zamakhshari berkata, usaha berkenaan memfokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan hutan bagi meningkatkan penanaman pokok di seluruh negara.

“MPOGCF telah mencapai kemajuan memberangsangkan di kawasan dikenal pasti sebagai hutan terosot, iaitu di Kawag yang terletak dalam Hutan Simpan Ulu Segama-Malua di Sabah.

“Setakat ini, 29,044 pokok sudah ditanam, melibatkan sebahagian daripada 80,000 benih di kawasan sekitar 200 hektar yang dijangka siap awal April nanti,” katanya.

Beliau berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada Program Penanaman Sejuta Pokok Hutan yang sedang berjalan ketika ini dan menerima perkembangan memberangsangkan.

Dengan anggaran pelaburan sebanyak RM28 juta, Zamakhshari menegaskan program yang melibatkan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah itu turut memberi tumpuan kepada penanaman serta pembiakan spesies hutan dan pokok buah-buahan asli.

“Cara ini mampu memperkayakan biodiversiti hutan di kawasan terpilih yang berfungsi sebagai koridor hidupan liar yang penting dalam jangka masa panjang.

“Daripada pelbagai program yang telah dimulakan, MPOGCF juga pada masa ini memberi tumpuan kepada sebuah lagi program berimpak tinggi, iaitu Penghutanan Semula Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) di Kelantan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, insiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan mampu menukar dan menyambungkan semula hutan-hutan di Semenanjung Malaysia.

“Dengan anggaran RM25 juta dana yang telah diperuntukkan oleh MPOGCF, program ini menjangkakan penanaman 625,000 anak benih dalam lingkungan 1,000 hektar dilaksanakan pada bulan Julai.

“Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif penghutanan semula serta program pemuliharaan yang lain oleh MPOGCF, layari www.mpogcf.org/our-projects,” katanya. – Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Pertanian Pilih Pokok Untuk Upacara Penanaman Di Istana Negara

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Warta Hutan Batu Kapur Sebagai HSK Cara Terbaik Kekal Kelestarian

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran