web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jabatan Pertanian Pilih Pokok Untuk Upacara Penanaman Di Istana Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 1:34PM

Istana Negara - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019 dan Lawatan Rasmi Ketua-ketua Negara ke Malaysia pada tahun lepas di pekarangan Istana Negara.

Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi berkata lapan pokok yang telah ditanam pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ialah pokok merbau, cempaka kuning, rajah kayu, ceri Terengganu, keriang, pokok buah ajaib, sepang dan pokok mentega, dan lima bagi lawatan negara iaitu pokok melinjau, gelam, simpor, nona, dan keranji.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nor Sam berkata upacara penanaman pokok merupakan cetusan idea Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lepas, yang berkenan supaya ia dilakukan bersempena dengan upacara rasmi negara yang diadakan di Istana Negara.

"Kriteria utama dalam pemilian spesies pokok bagi upacara ini adalah ia mesti mempunyai signifikan dengan negeri Raja Melayu yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja atau negara asal Ketua Negara yang diberi sambutan negara.

"Jika tiada yang bersesuaian, Jabatan Pertanian akan mencadangkan spesies pokok daripada kategori tanaman nadir yang ada di Malaysia yang mempunyai fungsi etnobotani menarik," katanya.

Selain itu, beliau berkata jabatan berkenaan juga melaksanakan pemantauan agronomi pokok-pokok yang telah ditanam di pekarangan Istana Negara secara berterusan termasuk aspek pembajaan, sistem pengairan, kawalan penyakit dan perosak.

Nor Sam berkata Jabatan Pertanian akan menyediakan pokok yang dipilih untuk dihantar ke Istana Negara dan membuat persiapan tapak penanaman setelah mendapat perkenan oleh Al-Sultan Abdullah.

Menurut beliau, semasa upacara penanaman pokok disempurnakan, Al-Sultan Abdullah turut bersama-sama menanam pokok yang telah dipilih oleh Seri Paduka sendiri.

"Upacara ini merupakan cetusan idea baginda sendiri dan tidak pernah dilakukan sebelum pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, katanya dan menambah penanaman pokok bersempena dengan lawatan negara juga sebagai tanda simbolik hubungan erat dua hala Malaysia dengan negara berkenaan.

Sepanjang pemerintahan Seri Paduka, tetamu negara yang menyempurnakan upacara penanaman pokok bersama Al-Sultan Abdullah ialah Presiden Singapura Halimah Yacob, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro dan Putera Monaco Putera Albert II, kata Nor Sam.

Sebagai simbolik tamat tempoh pemerintahan, Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menanam pokok rambutan gula batu dan rambutan gading di Istana Negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad