web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Simpati Kesukaran Pemandu Teksi, Penunggang E-Hailing, Masjid Hulur Sumbangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 5:41PM

Ustaz Firdaus mengagihkan bungkusan makanan kepada penunggang e-hailing di Masjid Saidina Abu Bakar As’siddiq pada 17 Mac.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Didorong oleh keinginan untuk meringankan beban pemandu teksi dan penunggang e-hailing yang lapar dan dahaga ketika berkerja, jemaah sebuah masjid di Bangsar di sini mengambil inisiatif melaksanakan satu program mudah serta praktikal, khusus buat golongan terbabit.

Setiap Rabu, tepat jam 12 tengah hari, 50 bungkusan minuman, makanan dan kuih muih akan diagihkan kepada pemandu tanpa mengira kaum dan agama melalui kaedah pandu-lalu di Masjid Saidina Abu Bakar As’siddiq.

Usai mengedar bungkusan tersebut, ketua pentadbir masjid, Ustaz Firdaus Rosli, memberitahu Getaran, inisiatif itu adalah cetusan idea jemaah yang simpati dengan  nasib pemandu-pemandu selepas berhempas-pulas membanting tulang mencari rezeki di sekitar Bangsar.

“Ini adalah satu-satunya masjid di Bangsar dan kawasan ini menjadi lubuk pemandu e-hailing dan teksi mencari rezeki. Kami mahu membantu mereka terutamanya ketika pandemik COVID-19 ini.

“Sudah empat minggu program ini dianjurkan. Pada mulanya kami hanya memberikan minuman percuma namun, minggu seterusnya ramai jemaah yang turut menghulurkan sumbangan dengan menyedekahkan makanan,” katanya.

Ustaz Firdaus Rosli
Ustaz Firdaus Rosli

Pengagihan pek makanan, kata Firdaus, dijalankan secara pandu-lalu kerana kaedah tersebut memudahkan pemandu dan penunggang yang boleh kembali bertugas serta-merta selepas mendapat bungkusan makanan percuma itu.

Menu bungkusan makanan dan minuman yang lazimnya habis diagihkan dalam masa 20 minit semasa program minggu ini terdiri daripada nasi lauk, nasi lemak, kuih muih, nescafe ais dan jus lemon.

Selain daripada, jemaah masjid itu juga pada Khamis lalu, melaksanakan sumbangan minyak petrol percuma sebanyak RM5 kepada penunggang motosikal e-hailing.

“Kami bekerjasama dengan stesen minyak Shell di Jalan Maarof bagi menjayakan program tersebut, membabitkan pembelian petrol sebanyak RM150 oleh pihak masjid.

Seorang penunggang e-hailing menerima bungkusan makanan daripada seorang jemaah masjid.
Seorang penunggang e-hailing menerima bungkusan makanan daripada seorang jemaah masjid.

“Setiap penunggang motosikal e-hailing akan diberi minyak sebanyak RM5 secara percuma jika mereka mengisi di stesen tersebut,” kata Firdaus.

Baru-baru ini, Masjid Saidina Abu Bakar As’siddiq telah memenangi Anugerah Pengurusan Dinamik dalam penilaian Anugerah Perdana Standard Penarafan Masjid Malaysia anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. - Getaran, 17 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar