web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Muhyiddin Selesai Terima Dos Kedua Suntikan Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 5:09PM

Muhyiddin menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19  Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 18, di sini hari ini.

Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Februari lepas.

Muhyiddin tiba di klinik itu kira-kira 3 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera sebelum dibawa ke bilik vaksinasi untuk pendaftaran dan menerima suntikan vaksin berkenaan.

Turut menerima suntikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selepas menerima suntikan, Muhyiddin mengemas kini aplikasi MySejahtera untuk menunjukkan beliau telah melengkapi dos pengambilan vaksin COVID-19.

Beliau kemudian dibawa ke bilik pemantauan untuk menunggu kira-kira 15 hingga 30 minit bagi dipantau sekiranya berlaku reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.

Selain Muhyiddin dan Dr Noor Hisham, turut menerima suntikan dos kedua hari ini adalah empat petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka ialah Dr Tan Yee Ling, Sheilla Mellissa Sikin, Khairul Asraf Mohd Yasin dan Clement Marai Francis yang sebelum ini juga menjadi antara penerima terawal vaksin semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada 24 Februari lepas.

Dr Tan, 30, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya manakala Sheilla Mellissa, 31, jururawat di klinik kesihatan tersebut.

Khairul Asraf, 44, bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Clement, 36, pemandu di pejabat sama.

Kesemua proses vaksinasi itu dilakukan oleh Ketua Jururawat Kesihatan di PKD Putrajaya Lina Ibrahim dan jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar, kedua-duanya pemvaksin yang sama semasa Muhyiddin menerima dos pertama pada 24 Februari.

Sehingga semalam seramai 346,508 terdiri daripada petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin.

Perdana Menteri dan Dr Noor Hisham sebelum ini menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Elaun Lokum RM80 Sejam Bagi Pegawai Perubatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar