web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elaun Lokum RM80 Sejam Bagi Pegawai Perubatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:07PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini.

"Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia.

Sebelum ini, KKM dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lepas, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran elaun lokum, sedang dalam pertimbangan Agensi Pusat.

Menurut kenyataan itu, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum, manakala pada hari Ahad membabitkan waktu bekerja mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari, boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Mengenai majlis berkenaan, KKM hari ini memperbaharui MoU dengan IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) untuk menyediakan penjagaan dan rawatan kepada tambahan 500 pesakit kanser dari hospital KKM.

Dr Dzukefly berkata, pesakit berkenaan akan mendapatkan rawatan radioterapi dan radiosurgeri di rangkaian hospital IHH Malaysia antaranya Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court secara percuma bermula 1 Mac.

"MoU ini turut menyokong Pelan Strategik Kawalan Kanser Kebangsaan (2021-2025) untuk meluaskan akses kepada penjagaan dan rawatan bagi pesakit kanser di negara ini," katanya.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Jean Francois Naa disaksikan oleh Dr Dzulkefly dan Pengerusi IHH Healthcare Malaysia, Tan Sri Mohammed Azlan Hashim. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Caj Klinik Kesihatan Kerajaan Mesej Palsu - KKM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Terima 1,843 Kes Rayuan Penempatan Lantikan Tetap

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Lulus RM350,000 Tambah Baik Klinik Kesihatan Di Terengganu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad