web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Terima 1,843 Kes Rayuan Penempatan Lantikan Tetap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 4:42PM

Kementerian Kesihatan mendedahkan lebih 1,800 pegawai perubatan merayu untuk kekal di penempatan sedia ada. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sebanyak 1,843 rayuan daripada pegawai perubatan untuk kekal di penempatan sedia ada mahupun bertukar ke penempatan lain susulan urusan penempatan bagi pelantikan tetap yang dibuat pada 9 hingga 24 Jun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata mesyuarat Jawatankuasa Rayuan telah bersidang sebanyak dua kali bagi mempertimbangkan rayuan pegawai.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh wakil Bahagian Perkembangan Perubatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam manakala Bahagian Sumber Manusia pula sebagai urus setia.

“Setelah diteliti justifikasi yang dikemukakan, mengambil kira kesinambungan perkhidmatan secara menyeluruh dan faktor kekosongan jawatan, rayuan yang mempunyai asas kukuh telah diluluskan dan keputusan rayuan telah dimaklumkan kepada pegawai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata KKM menghargai semua pegawai perubatan, pegawai pergigian serta pegawai farmasi yang sudah melaporkan diri ke tempat bertugas baharu pada 31 Julai lepas kerana mendahulukan kepentingan perkhidmatan.

"Melalui penempatan baharu ini, pegawai akan memperoleh lebih pendedahan mengenai sistem kesihatan serta berupaya membangunkan kapasiti diri dan pengalaman itu akan menjadikan pegawai lebih matang, empati dan berdaya tahan dalam mengharungi kerjaya sebagai penjawat awam," katanya.

Beliau berkata KKM sentiasa mengambil kira maklum balas berkaitan urusan penempatan dan pertukaran serta perkara tersebut akan dikendalikan berdasarkan struktur jawatankuasa yang ditubuhkan.

Dr Muhammad Radzi berkata pelantikan pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap sudah dilaksanakan secara besar-besaran pada 2022 dan diteruskan tahun ini dengan penawaran pelantikan tetap berdasarkan 4,263 kekosongan jawatan tetap di fasiliti kesihatan seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kutip Deposit Antara Langkah Tangani Tunggakan Kos Perubatan Warga Asing

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad