web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 12:56PM

Orang ramai diminta tidak risau kerana vaksinasi terakhir AZ telah berlalu bertahun lamanya - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta berhati-hati dengan analisa fakta dan salah tafsir mengenai vaksin COVID-19, yang hanya akan menyebabkan kekusutan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun vaksin Astra Zeneca (AZ) mempunyai kesan sampingan, perkara ini hanya berlaku dalam sela masa empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksinasi.

Menurut beliau, orang ramai diminta tidak risau kerana vaksinasi terakhir AZ telah berlalu bertahun lamanya.

“Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin AZ adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT). Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang. 

“Kes mahkamah yang diwar-warkan adalah kes yang berlaku di United Kingdom sewaktu pandemik COVID-19. Ia bukan berdasarkan kes yang berlaku baru-baru ini,” katanya menerusi ciapan di X.

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail
Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) pada waktu itu telah menerima laporan bahawa VITT ini boleh berlaku dalam sela masa empat hari hingga empat minggu selepas vaksinasi. 

Bagaimanapun jelasnya, vaksin ini masih perlu digunakan untuk program vaksinasi kerana kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan masyarakat yang tidak divaksin amat tinggi manakala stok vaksin pula tidak mencukupi. 

“Golongan berisiko tinggi adalah golongan yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini. 

“Golongan berisiko ini tidak dibenarkan menerima vaksin jenis Astra Zeneca. KKM juga mengeluarkan garis panduan bagi menyaring golongan yang berisiko tinggi bagi tidak menerima vaksin jenis ini, dan juga bagi pengesanan awal sekiranya kesan sampingan ini berlaku AEFI,” katanya.

Beliau menarik perhatian, insiden kesan samping darah beku (VITT) juga sangat rendah iaitu hanya empat kes berlaku dalam setiap satu juta suntikan. 

“Jika dibandingkan dengan risiko darah beku dan platelet rendah selepas jangkitan COVID-19 itu sendiri, ia lebih selamat. 

“Selepas jangkitan COVID-19, risiko kesan darah beku daripada jangkitan thrombotic thrombocytopenia (TT) ini adalah setinggi 165 000 kes dalam satu juta jangkitan,” katanya.

Insiden darah beku dalam kalangan perokok pula tambah beliau, adalah lebih tinggi iaitu hampir 1800 kes dalam satu juta perokok. 

“Tiada lagi kes VITT dikesan dan dilaporkan kini. Kes serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini tiada kaitan dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. 

“Astra Zeneca vaksin juga tidak digunakan untuk dos penggalak (Booster dose). Serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih berlaku kini adalah disebabkan faktor risiko lain seperti merokok, masalah kolesterol, dan masalah kencing manis,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Noor Hisham Dilantik Sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan USCI

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Dr Muhammad Radzi KP Baharu Kementerian Kesihatan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Wujud Aktiviti Jual Beli Organ Perlu Dianggap Serius – KKM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

COVID-19 Kembali Meningkat, Kluster Pendidikan Penyumbang Terbesar Pertambahan Kes

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar