Berita Terkini

49 minit yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 50 minit yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 51 minit yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 52 minit yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 53 minit yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Dr Muhammad Radzi KP Baharu Kementerian Kesihatan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 12:05PM

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - Gambar Facebook Ilmuan Darulaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan berkuatkuasa 21 April lalu.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada tarikh sama.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pelantikan Dr Muhammad Radzi dibuat berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.

Menurut Dr Zaliha, Dr Muhammad Radzi juga pernah pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

“Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penyelaras Perubatan Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah. 

“Dr Muhammad Radzi pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi dan menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran ini dari 2013 sehingga 2021,” katanya hari ini.

Jelas Dr Zaliha, beliau optimis pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr Muhammad Radzi mampu menjana penghasilan terbaik buat kementerian.

“Saya yakin beliau mampu menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh.

“Ia selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani dapat terus menikmati perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti seta mapan,” katanya.

Dr Noor Hisham bersara wajib pada 21 April lalu selepas berkhidmat dalam sektor kesihatan selama 35 tahun.

Beliau pada 19 April lalu menerusi ciapan di Twitter menzahirkan penghargaan menerusi dua rangkap pantun.

"Kapal layar kemudi cermat, bijak nakhoda melawan gelora, 35 tahun setia berkhidmat, tiba detiknya waktu bersara.

"Langit dan mega luas terbentang, kadangnya cerah yang gelap menanti, teruskan berjasa pimpinan mendatang, yang patah tumbuh yang hilang berganti," ciapnya. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

2

Pendidikan 3 hari yang lalu

KPM Nafi Edar Surat Wajibkan Petugas Tonton Filem Anwar 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

KKM Sedia Bentang RUU Kawalan Produk Merokok Di Parlimen

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kekerasan Terhadap Warga Kerja KKM Meningkat Sejak 2017

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KP IKIM Diarah Beri Kerjasama Siasatan Insiden Bumbung Dewan Runtuh

oleh Susan Albert

Semasa 6 jam yang lalu

Pendekatan Holistik Diperlukan Untuk Tangani Serangan Siber - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Kemenangan Erdogan Buka Ruang Untuk Hubungan Bilateral Lebih Akrab Dengan Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 16 jam yang lalu

Hanya JDT Bida, Stadium Sultan Ibrahim Hos Final Piala FA 2023