web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Beni Koji Choleste Help’ Tidak Berdaftar Di Malaysia - NPRA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 8:38PM

Beni Koji Choleste Help sudah menyebabkan lima kematian di Jepun - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Produk Beni Koji Choleste Help keluaran syarikat Kobayashi Pharmaceutical Co. Jepun disahkan tidak berdaftar di Malaysia. 

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Rosilawati Ahmad berkata, status sebenar produk tersebut diperoleh hasil semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar NPRA.

Menurut beliau, semakan juga mendapati terdapat lebih daripada seratus produk lain mengandungi RYR, yang dikilangkan oleh pengilang lain telah berdaftar di Malaysia.

“Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan susulan daripada laporan Malay Mail pada 29 Mac bertajuk Japan Dietary Supplement Maker Probes Five Deaths yang merujuk kepada penarikan balik produk suplemen kesihatan Beni Koji Choleste Help yang mengandungi red yeast rice (RYR), dikilangkan oleh syarikat Kobayashi Pharmaceutical Co. Jepun.

“RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus,” katanya.

Rosilawati Ahmad - gambar NPRA
Rosilawati Ahmad - gambar NPRA

Jelas Rosilawati, bahan-bahan yang dihasilkan secara semula jadi semasa proses penapaian ini terdiri daripada bahan-bahan monacolin terutamanya Monacolin-K. 

“Struktur kimia Monacolin-K adalah sama dengan struktur kimia ubat kolesterol lovastatin yang sering diberikan untuk mengawal tahap kolesterol dalam darah.

“Di Malaysia, produk yang mengandungi RYR (Monascus purpureus), perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah kategori produk tradisional atau suplemen kesihatan l katanya.

Tegas beliau, PBKD juga telah menetapkan kandungan Monacolin-K yang dibenarkan bagi produk siap adalah tidak melebihi satu peratus, manakala pengambilan dos harian Monacolin-K tidak boleh melebihi 10mg sehari. 

“Pihak syarikat perlu mengemukakan sijil analisis pengujian makmal bagi kandungan Monocolin-K di dalam produk siap dan bahan mentah yang mengandungi RYR. 

“Semua produk berdaftar yang mengandungi RYR juga perlu mematuhi keperluan spesifik pelabelan di dalam Drug Registration Guidance Document (DRGD) yang dikeluarkan NPRA,” katanya.

Ini tambah beliau, mencakupi penyataan memaklumkan bahawa produk tersebut mengandungi bahan lovastatin semula jadi dan kesan sampingan akibat pengambilan produk yang mungkin berlaku seperti sakit badan dan otot serta keletihan.

“Pengguna yang ingin mengambil produk kesihatan yang mengandungi RYR perlu berbincang dengan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah terlebih dahulu sebelum mengambil produk tersebut,” katanya.

Rosilawati menarik perhatian, produk kesihatan termasuk RYR berpotensi untuk bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang sedang diambil pesakit, sekali gus menyebabkan kesan toksik dan kesan sampingan yang tidak dingini serta boleh mengganggu proses rawatan penyakit sedia ada.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya hanya mengambil produk kesihatan yang telah berdaftar, yang mana produk tersebut telah dinilai dari aspek keselamatan dan kualiti sebelum diluluskan,” katanya.

KKM katanya lagi, sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas produk-produk yang telah didaftarkan melalui Aktiviti Pemantauan Kualiti Produk Berdaftar, melalui NPRA.

“Ini bertujuan untuk memastikan sema produk berdaftar yang dipasarkan serta dibekalkan adalah selamat dan berkualiti,” katanya. - Getaran, 1 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad