web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dakwaan Wujud Aktiviti Jual Beli Organ Perlu Dianggap Serius – KKM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 11:26AM

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti jual beli organ merupakan exploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius oleh semua pihak. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti itu merupakan exploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan.

“Konsisten dengan kewajipan negara dan antarabangsa, KKM tidak menyokong mana-mana individu atau organisasi yang terlibat di dalam aktiviti perolehan organ secara haram dan tidak beretika.

“Dalam perkara ini, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa siasatan sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Dr Noor Hisham lagi, jika terdapat aktiviti melibatkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ianya perlu disiasat di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007.

Beliau berkata, sekiranya mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti ini, mereka boleh memaklumkannya kepada KKM atau pihak polis untuk tindakan susulan.

“Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu jika pemerdagangan orang berlaku untuk tujuan pengalihan organ secara haram.

“Untuk makluman, perkhidmatan pendermaan organ dan transplantasi melibatkan pendermaan organ daripada penderma hidup ataupun penderma selepas kematian (kadaverik) serta penerima organ iaitu pesakit yang mempunyai masalah kegagalan organ samada buah pinggang, hepar, jantung ataupun paru-paru,” katanya.

Malaysia turut menandatangani The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism (2008) yang menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima yang sesuai tanpa mengenal jantina, etnik, agama, mahupun status sosial atau kewangan - Gambar hiasan Unsplash
Malaysia turut menandatangani The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism (2008) yang menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima yang sesuai tanpa mengenal jantina, etnik, agama, mahupun status sosial atau kewangan - Gambar hiasan Unsplash

Menurut beliau, dasar KKM mengenai perkara itu jelas sebagaimana dalam Akta Tisu Manusia 1974 yang mengawal selia aktiviti pengambilan organ bagi tujuan perawatan daripada penderma selepas kematian (kadaverik).

Katanya, Malaysia turut menandatangani The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism (2008) yang menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima yang sesuai tanpa mengenal jantina, etnik, agama, mahupun status sosial atau kewangan.

“Deklarasi ini juga menekankan bahawa komersialisasi transplantasi organ hendaklah dilarang kerana ia mensasarkan golongan miskin dan lemah yang menjurus kepada ketidakadilan.

“Oleh itu, sebarang amalan yang menyasarkan individu atau golongan ini sebagai penderma organ adalah dilihat sebagai menggalakkan pemerdagangan organ, transplant tourism dan komersialisasi transplan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM menubuhkan jawatankuasa transplantasi yang mengawal selia program pendermaan organ dalam kalangan penderma semasa hidup melibatkan pasangan bakal penderma-penerima yang tidak mempunyai perkaitan kekeluargaan (unrelated) ataupun melibatkan pasangan bakal penderma-penerima bukan warganegara.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu bagi memperketatkan lagi tadbir urus perkhidmatan transplantasi di negara ini.

“Jawatankuasa ini akan menilai dengan teliti pelbagai aspek termasuk latar belakang masalah perubatan, kesihatan mental dan juga tahap sosio-ekonomi untuk semua permohonan pembedahan transplantasi.

“Ia bertujuan untuk memastikan bakal penderma mempunyai sistem sokongan yang baik, serta kesejahteraan bakal penderma secara amnya tidak terjejas selepas pembedahan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, pembentukan tadbir urus perkhidmatan yang kemas amat penting bagi melindungi hak bakal penderma dan memastikan pendermaan organ tidak melibatkan sebarang paksaan ataupun mempunyai unsur pemerdagangan.

Katanya, KKM akan terus bekerjasama dengan badan-badan dan organisasi berkaitan bagi meningkatkan kesedaran awam serta pendidikan ke arah pendermaan organ yang beretika.

“KKM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa cakna dan berikrar sebagai penderma organ, seterusnya memaklumkan hasrat sebagai pengikrar kepada ahli keluarga bagi menjayakan perkhidmatan transplantasi yang beretika di negara ini.

 “Kami juga amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai pendermaan organ dan transplantasi kepada Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), sebuah organisasi yang diwujudkan untuk memberikan informasi berhubung pendermaan organ dan transplantasi di Malaysia,” katanya.

Ujarnya, sebarang pertanyaan mengenai perkara itu boleh diajukan kepada PSTN di talian 1800-88-9080 atau emel kepada [email protected]. – Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Sorotan

1

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

2

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

4

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

5

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

6

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

Disyorkan untuk anda

Singapura 7 jam yang lalu

Penumpang Pesawat SIA Maut Dilanda Gelora Udara

Sukan 1 hari yang lalu

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

Semasa 15 jam yang lalu

Masak Di Stesen Minyak, 4 Individu Didenda RM500

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

oleh Sophia Ahmad