web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masak Di Stesen Minyak, 4 Individu Didenda RM500

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 1:14PM

Empat individu mengaku salah memasak menggunakan dapur gas di kawasan stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu. - Gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat individu masing-masing didenda RM500 selepas mengaku salah memasak menggunakan dapur gas di kawasan stesen minyak di Genting Highlands.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nadratun Naiem Zainan di Mahkamah Bentong, hari ini.

Keempat-empat tertuduh terdiri daripada peniaga kedai makan, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24; Pegawai Khidmat Pelanggan, Nurfatin Irdina Shahrulnizam 24; Pembantu Pergigian, Nur Anis Salleh 24 dan Ejen Hartanah, Nur Azira Azman, 23.

Ketika ditanya, Nurfatin memberitahu aktiviti berkenaan dilakukan secara spontan selepas masing-masing gagal mencari lokasi lain yang lebih sesuai.

Fadhli pula memberi alasan kawasan yang dijadikan lokasi memasak itu jauh dari nozel minyak yang ada di stesen berkenaan.

Sinar Harian yang memetik kertas pertuduhan melaporkan, keempat-empat mereka dalam mencapai niat bersama telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak terbabit yang merupakan perubahan gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

Kesalahan itu dilakukan sekitar jam 1.30 pagi di stesen minyak Petron Taman Cendawan dekat Genting Highlands, 12 Mei lalu.

Kesemua mereka disabitkan dengan hukuman di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya.

Keempat-empat tertuduh turut memohon denda yang rendah ketika proses rayuan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid meminta hukuman setimpal diberikan kepada mereka sebagai pengajaran.

Kesemua mereka menjelaskan denda berkenaan. - Getaran, 21 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad