web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Persoal Vaksin COVID-19, Mahu Lihat Program Imunisasi Berjaya

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 7:59PM

Anwar Ibrahim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berapakah jumlah komisen yang dibayar oleh kerajaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19? Mengapakah barisan pakar dalam negara tidak diberi ruang untuk membangunkan vaksin COVID-19 dan apakah parameter yang digunapakai sebelum membeli vaksin COVID-19?

Ini adalah antara persoalan dibangkitkan oleh presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirasakan perlu dijawab oleh kerajaan jika mahu melihat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

“Sejumlah RM3 bilion wang negara telah dibelanjakan bagi mendapatkan pelbagai jenis vaksin. Apa parameter yang digunapakai dalam membuat keputusan bagi mendapatkan semua vaksin tersebut?

“Berapakah jumlah komisen yang dibayar pada Pharmaniaga Berhad untuk mendapatkan vaksin Sinovac? Selain itu terdapat juga beberapa laporan yang menyatakan tentang keberkesanan vaksin buatan Rusia iaitu Sputnik V yang jauh lebih murah,” katanya hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menarik perhatian, jentera kesihatan negara berpengalaman luas dalam membangun penawar bagi virus Nipah sebelum ini, sekali gus membuktikan Malaysia memiliki keupayaan untuk mengkaji, menyelidik dan membangunkan vaksin yang diperlukan.

Tumpuan katanya, juga harus diberikan oleh kerajaan dalam meyakinkan golongan anti vaksin, mengambil kira faktor bahawa ia bukan sesuatu yang wajib dilakukan.

“Sudahkah kerajaan mengenalpasti atau fikirkan bagaimana untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang vaksin dan juga isu keselamatan vaksin, memandangkan terdapat juga kumpulan warga yang mempunyai kegusaran terhadap vaksin?,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mendesak Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin segera menyelesaikan isu 1.4 juta pendaftaran pengambilan vaksin COVID-19, melalui aplikasi MySejahtera, yang didakwa ramai sebagai tidak lengkap dan gagal berfungsi dengan baik.

“Terdapat segelintir mereka yang terpaksa mendaftar berkali-kali sebelum proses pendaftaran mereka itu disahkan di dalam sistem. Justeru, apa langkah kerajaan setakat sekarang dalam menyelesaikan masalah ini?” katanya.

Beliau bagaimanapun menyeru dan mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri dalam program vaksinasi demi kelangsungan negara dan kesihatan sejagat.

“Ia sebagai komitmen kita untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dari jumlah populasi rakyat Malaysia yang menerima vaksin, dan seterusnya mewujudkan imunisasi kelompok,” tambahnya. - Getaran, 15 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 6 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad