web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penarikan Balik Telur: KPDNHEP Nasihati Pengguna Elak Pembelian Panik

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 8:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna agar tidak melakukan pembelian panik telur sehingga mengganggu bekalan di negara ini, susulan laporan penarikan balik telur keluaran sebuah syarikat Malaysia daripada pasaran Singapura.

Menurut kenyataan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP malam ini, bahagian itu sedang menilai kesan terhadap bekalan telur di negara ini susulan tindakan pihak berkuasa Singapura tersebut yang dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dakwaan penemuan bakteria Somanella Enteritidis (SE).

"Fokus tindakan KPDNHEP ialah pemantauan rapi terhadap kedudukan bekalan telur di pasaran susulan daripada isu penemuan itu. Pemantauan bekalan ditingkatkan di setiap rantaian pengedaran dan pembekalan telur untuk mengesan kawasan dijangka terjejas keberadaan bekalan telur.

"KPDNHEP juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan pengeluar ayam dalam negara untuk siap siaga menjalankan proses pengeluaran bekalan telur bagi menampung sebarang risiko gangguan bekalan telur dalam negara sekiranya berlaku," demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu juga KPDNHEP mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga telur dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda hingga RM500,000 sekiranya suatu perbadanan/syarikat dan bagi bukan perbadanan/individu boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau dipenjarakan hingga tiga tahun atau kedua-duanya," demikian menurut kenyataan itu.

KPDNHEP juga meminta pengguna menyalurkan maklumat berhubung salah laku peniaga melalui talian 1-800-886-800 atau aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317.

Bernama semalam melaporkan Singapura telah mengarahkan empat pengimportnya menarik balik telur keluaran Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram di Malaysia daripada pasaran republik itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), arahan itu dibuat berikutan penemuan bakteria SE pada produk tersebut yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan sekiranya produk berkenaan dimakan mentah atau separuh masak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar