web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


26,701 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Hanya 118 Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 12:08PM

Gamba hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26,701 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,138,215 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah direkodkan itu membabitkan 26,569 kes tempatan dengan 132 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2, iaitu bergejala ringan yang menyaksikan sebanyak 20,480 kes atau bersamaan 76.7peratus.

“Selain itu, 6,103 kes atau bersamaan 22.86 peratus pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 77 kes, iaitu 0.29 peratus berada dalam kategori 3, manakala kategori 4 (19) serta kategori 5 (22),” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 118 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 22 kes atau 18.6 peratus belum menerima vaksinasi atau masih tidak lengkap imunisasi tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 71 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 25 kes membabitkan individu menerima dos penggalak.

“Sejumlah 53 kes berumur 60 tahun ke atas, 49 kes mempunyai komorbiditi dan empat kes membabitkan ibu hamil.

“Kira-kira 10 kes, iaitu 8.5 peratus meninggal dunia termasuk dua kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan 19 kluster baharu di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah terkini kluster masih aktif adalah 481 kluster dengan keseluruhannya sebanyak 6,195 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak pandemik berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 216 kes pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini dengan 98 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19, manakala 118 kes disyaki dan kes itu masih dalam siasatan.

“Sebanyak 141 kes pula membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 11,744 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 2,888,194 kes. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 2 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad