web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rokok Seludup Bernilai RM2 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 4:29PM

Mohd Nasir (kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di sebuah rumah di Kampung Telok, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, kelmarin. - Gambar Ihsan JKDM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 2,480,000 batang rokok bernilai RM2 juta termasuk cukai, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Telok, Pengkalan Chepa di sini, kelmarin.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan pada jam 4 petang itu dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan satu sindiket penyeludupan rokok.

“Sindiket ini membawa masuk rokok terbabit menerusi Sungai Golok dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat penyimpanan sementara, sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan dijalankan Pasukan Operasi, Cawangan Penguatkuasaan JKDM di rumah ini, menyaksikan pasukan kita merampas 248 peti mengandungi sejumlah 2,480,000 batang rokok seludup dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM496,000.

“Ia membabitkan anggaran duti atau cukai berjumlah RM1,686,400,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Nasir berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik premis tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 136(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Rokok diklasifikasi sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran A 66, Jadual Ketiga/ Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan, khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan, malah dinasihatkan tidak terbabit dengan aktiviti tersebut.

Menurutnya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah mendatangkan ancaman kepada tanah air dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan menerusi talian bebas tol Kastam, 1-800-88-8855 atau menghubungi Pejabat Kastam berhampiran di setiap negeri.

“Pihak kami juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rampas Lebih 7 Kilogram Pil Yaba

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad