web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Maut, 2 Rentung Honda HR-V Terbabas Dan Terbakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 5:21PM

Kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kejadian dalam keadaan rentung. - Gambar Ihsan pembaca

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Tiga lelaki maut termasuk dua daripadanya rentung dalam kejadian membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V yang terbabas sebelum terbakar di hadapan sebuah rumah di Kampung Morak di sini, pagi tadi.

Kejadian jam 2 pagi itu menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan mengarahkan 16 pegawai termasuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat serta Wakaf Bahru ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sampai, pihaknya mendapati api sedang marak membakar kenderaan mangsa dan sebuah lagi kereta Proton Wira yang diparkir berdekatan rumah itu.

“Kita mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk memadamkan kebakaran dan mendapati dua mangsa rentung di dalam Honda HR-V, manakala seorang lagi tercampak keluar.

“Mereka disahkan meninggal di lokasi kejadian dan hasil daripada keterangan rakan mangsa serta saksi, ketiga-tiga mereka disahkan sebagai lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tercampak keluar dikenali sebagai Mohd Khairul Anuar Iskandar, 33, manakala identiti dua lagi mangsa belum dapat dikenal pasti.

Menurut beliau, kejadian dikatakan bermula selepas sebuah kereta dipercayai terbabas lalu terbakar dan apinya merebak ke sebuah rumah serta kereta yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian kira-kira jam 2 pagi itu membabitkan Honda HR-V yang dalam perjalanan dari Cabang Tiga Kepulau menghala ke Wakaf Bharu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan sebuah kereta Proton Wira milik penduduk kampung yang diparkir berhampiran lokasi kejadian dan sebuah rumah kosong terbakar 30 peratus.

“Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 3 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik