web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tular Pakai Baju Seragam Sekolah Carut Guru: Dua Remaja Didakwa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 4:36PM

Gambar pelajar yang tidak memakai topi keledar dan menconteng pakaian seragam dengan perkataan kesat. - Gambar JPJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua remaja lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah diconteng dengan tulisan kesat dan berunsur lucah terhadap guru, yang gambar mereka menjadi tular di media sosial baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu didakwa memakai baju yang mempunyai lambang dan tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu keamanan setempat kerana dipakai di tempat awam di bulatan Chempaka dekat sini, kira-kira pukul 4.00 petang, 3 Mac lepas.

Mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Bagaimanapun, mahkamah belum menjatuhkan hukuman kerana menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dan membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM100 dengan seorang penjamin serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes dan laporan akhlak.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Gayathri manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nik Nazriani Nik Ab Rahman.

Sebelum ini, tular di media sosial sekeping gambar memaparkan dua pelajar sekolah yang masing-masing menunggang dan membonceng motosikal sambil memakai pakaian seragam sekolah diconteng tulisan mencarut terhadap guru. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 6 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 22 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran