Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polemik Berbalas Kenyataan Pemimpin Syariah Perlu Dihentikan Segera - PPMM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Jan 2022 12:00PM

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polemik berbalas kenyataan di media membabitkan kepimpinan tertinggi syariah di negara ini, mampu mengakibatkan perpecahan golongan itu dan mencetuskan anggapan buruk masyarakat.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad perlu memandang serius untuk menyelesaikan kemelut ‘perpecahan dalaman’ itu dengan menggunakan perdamaian secara sulh yang sentiasa diamalkan dalam kehakiman Islam.

Menurut beliau, usaha penyelesaian itu harus diadakan menerusi pelantikan hakim berwibawa dalam kalangan mediator bertauliah bukan pengamal undang-undang dan kehakiman, untuk memudahkan proses perbincangan semua pihak demi menyelesaikan perpecahan yang pada hakikatnya sudah lama membarah tetapi tidak diendahkan.

“Menteri Agama sebagai menteri bertanggungjawab kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) perlu menyelesaikan polemik terbabit secepat mungkin.

“Ini bagi memastikan JKSM tidak mengalami defisit kepercayaan daripada orang awam, sebagaimana dialami beberapa institusi lain,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas situasi dialami institusi agama mutakhir ini yang sering diserang dengan pelbagai fitnah dan mehnah.

Zainul Rijal berkata, situasi menjadi semakin parah apabila institusi kehakiman syariah meraih banyak perhatian daripada wartawan dan netizen yang berkemungkinan disebabkan sikap terkhilaf sesetengah penjawatnya mahu berkongsi segala maklumat dalaman dengan masyarakat.

Katanya, apabila sesuatu agensi menjadikan media, termasuk media sosial dan arus perdana sebagai alat untuk meluahkan permasalahan dalaman mereka, integriti agensi berkenaan akan mula dipertikaikan.

“Masyarakat menilai dengan pelbagai anggapan. Anggapan buruk biasanya akan mengatasi anggapan baik,” katanya.

Menurut Zainul Rijal, PPMM dukacita dengan penularan isu status moral seorang hakim kanan syariah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini.

Jelasnya, dalam isu pada 14 Januari 2022 itu, Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dilaporkan mengeluarkan kenyataan akhbar yang pada awalnya meminta masyarakat bertenang, sabar menunggu siasatan serta tindakan pihak berkuasa menangani isu tersebut dan ia sememangnya satu langkah terpuji.

Kenyataan awal itu, katanya, bagi memastikan masyarakat tidak membuat pelbagai anggapan yang boleh memburukkan lagi nama baik institusi kehakiman syariah negara.

Namun, Zainul Rijal menegaskan, kenyataan itu disusuli pendirian PPSM sendiri yang hilang kepercayaan terhadap hakim kanan tersebut berhubung kepimpinan dan penyalahgunaan kuasa, selain cadangan agar Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), merehatkan sementara khidmat individu terbabit.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan kemudian dinafikan pula Timbalan Presiden PPSM kerana mendakwa ia tidak dikeluarkan secara kolektif.

Malah, katanya, Timbalan Presiden PPSM dan ahli persatuan menyatakan sokongan padu dan berikrar untuk berdiri teguh di belakang hakim kanan tersebut.

Bagaimanapun, jelasnya, apa yang amat mengejutkan apabila Timbalan Presiden PPSM itu dilaporkan memohon maaf dan mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana diarahkan pihak tertentu di peringkat atasan.

“Apa pun PPMM akur dan menanti hasil siasatan kes tersebut serta tidak mahu mengambil pendirian ataupun mendahului polis.

“PPMM sebenarnya tidak berhasrat untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan isu terbabit kerana khuatir akan menjadi subjudis kepada siasatan sedang dijalankan.

“Kenyataan PPMM ini tidak menyentuh tentang merit isu diketengahkan di atas,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, polemik itu memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap institusi berkenaan, sementelah isu hakim kanan terbabit masih belum diselesaikan dan diburukkan dengan sikap peguam masing-masing yang saling berbalas kenyataan.

“PPMM memandang serius permasalahan terbabit dan demi mengembalikan nama baik institusi berkenaan, wajar konflik ini diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam.

“Sedangkan lidah lagikan tergigit, apatah lagi sesama rakan sekerja. Penyelesaian ini haruslah dilakukan seumpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, semua pihak diminta tidak menggunakan media bagi menegakkan pendirian masing-masing, sebaliknya kembali ke meja rundingan untuk berbincang demi memelihara integriti, kewibawaan dan maruah mahkamah syariah.

“Akhirnya PPMM ingin memetik ayat Al Quran dari Surah An-Nisa’ ayat ke 59 yang bermaksud ‘kemudian jika kamu berselisih tentang suatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnah-Nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kiamat. Yang semikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya’,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Scammer Guna Media Sosial Iklan Lesen Memandu Murah, Mudah - JPJ

4

TARA 6 bulan yang lalu

Berpakaian Kurang Sopan Ketika Berjual Beli Di Media Sosial, Apa Hukumnya?

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low โ€“ Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan โ€“ Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini