web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 8:17AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta menghentikan perbuatan menghina agama di platform media sosial bagi mengelak suasana yang tidak baik dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, sebaiknya seluruh masyarakat yang berbilang bangsa dan agama menggunakan platform media sosial tersebut untuk tujuan merapatkan hubungan serta mengeratkan perpaduan.

"la jelas dalam al-Quran dan Islam adalah satu agama yang melarang umatnya menghina orang lain, hatta menghina individu pun tidak boleh apatah lagi dalam konteks menghina agama lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Rahmah Ramadan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP): Ziarah Pusat Kebajikan dan Rumah Asnaf di Asrama Darul Falah (ASDAF) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Mohd Na'im turut menyeru orang ramai supaya menghargai keamanan dan tidak mewujudkan suasana yang boleh merenggangkan hubungan serta menimbulkan kemarahan agama lain dengan menggunakan platform media sosial.

Terdahulu, MAIWP menyampaikan sumbangan berjumlah RM14,500 kepada Pusat Kebajikan Asrama Darul Falah (ASDAF) untuk diagihkan kepada 58 penghuni pusat kebajikan itu sebanyak RM250 seorang.

"Untuk rekod, MAIWP telah menyalurkan bantuan kepada ASDAF dari 2019 hingga 2023 berjumlah RM610,000.

"Ini adalah amanah yang mesti ditunaikan sebaik-baiknya oleh MAIWP untuk mengagihkan dana zakat yang disumbangkan oleh umat Islam. 

"Inisiatif hari ini hasil daripada dana zakat yang diterima daripada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, dengan kutipan terus meningkat setiap tahun walau berhadapan pelbagai cabaran," katanya.

Turut hadir, Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya.

Sementara itu, Mohd Na'im turut menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada tiga keluarga penerima zakat MAIWP yang setiap satu menerima RM500 berserta bakul rezeki disumbangkan oleh pembayar zakat wakalah MAIWP di Flat Sentul Utama.

"Antara rumah yang dilawati sebentar tadi penerimanya ditimpa musibah hingga menyebabkan dia kehilangan pekerjaan, manakala isterinya pula tidak bekerja. MAIWP telah beri bantuan bulanan kepada keluarga ini untuk meringankan beban mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu agar syarikat, korporat dan individu yang belum membayar zakat di Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk berbuat demikian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad