web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berpakaian Kurang Sopan Ketika Berjual Beli Di Media Sosial, Apa Hukumnya?

Berpakaian seksi secara melampau bagi menarik perhatian penonton untuk masuk ke dalam sesi penstriman langsung semasa mempromosikan produk, apakah hukumnya?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 4:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan perkembangan teknologi, pelbagai ruang dan kaedah boleh dipraktikan oleh sesiapa sahaja untuk mencari rezeki terutamanya di platform media sosial. Kewujudan ruangan khas jual beli  seperti Tiktok Shop juga berjaya menarik perhatian orang ramai untuk menceburi bidang perniagaan  dalam talian.

Terdapat segelintir daripada mereka ini mempromosikan barang dengan cara yang kurang sopan dan memalukan
Terdapat segelintir daripada mereka ini mempromosikan barang dengan cara yang kurang sopan dan memalukan

Bagaimanapun dalam kemeriahan urus niaga dijalankan, ada segelintir penjual mempromosikan barang dengan cara yang kurang sopan dan memalukan. Ia termasuk berpakaian seksi secara melampau bagi menarik perhatian penonton untuk masuk ke dalam sesi jualan secara penstriman langsung. Adakah cara tersebut dibenarkan oleh Islam dan apakah hukumnya?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya haram walaupun penjual itu berniat untuk menunjukkan cara atau fungsi sebenar barang tersebut, misal memakai bikini di atas pakaian lain, untuk menunjukkan saiz dan warna.

Imam Al-Tabari menjelaskan:

ويحفظن فروجهنَّ عن أن يراها من لا يحلّ له رؤيتها بلبس ما يسترها عن أبصارهم

“Para wanita perlu menjaga kemaluannya daripada dilihat oleh orang yang tidak halal untuk melihatnya dengan memakai (pakaian) yang menutup bahagian tersebut daripada pandangan para lelaki”.

(Abu Ja’far Al-Tabari, Muhammad Bin Jarir, Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Ayy Al-Quran, 

Dar Al-Tarbiyah Wa Al-Turath, Mekah, j.19 h.155)

Perkara ini juga berkait dengan menutup aurat
Perkara ini juga berkait dengan menutup aurat

Ini kerana secara zahirnya, perbuatan itu memperlihatkan bentuk badan seseorang dan ia  boleh membuatkan penonton membayangkan perkara yang tidak senonoh. Perkara ini juga berkait dengan perintah menutup aurat sama ada ke atas lelaki atau wanita.

Dalam banyak sesi jualan secara penstriman langsung ini, ramai antara penjual ini tidak bertudung, memakai seluar pendek atau baju ketat dan seumpamanya.

Bahkan Nabi Muhammad SAW pernah menegur Asma’ Binti Abu Bakar berkenaan dengan bahagian yang patut ditutup. Rasulullah SAW bersabda :

يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا

Maksudnya: “Wahai Asma, sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh dilihat daripada anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan).

(Riwayat Abu Daud no 4104, Al-Baihaqi no 3218 dalam Al-Sunan Al-Kubra)

Penjual turut berisiko untuk mendapat ejekan tubuh atau ‘body shaming’ menerusi komen yang ditulis oleh penonton
Penjual turut berisiko untuk mendapat ejekan tubuh atau ‘body shaming’ menerusi komen yang ditulis oleh penonton

Sungguhpun si penjual tidak berdepan atau bersemuka dengan pembeli secara langsung, penampilannya tetap dilihat penonton lain. Penjual juga berisiko untuk mendapat ejekan tubuh atau ‘body shaming’ menerusi komen yang ditulis oleh penonton.

Contoh jual beli yang berlangsung di platform TikTok
Contoh jual beli yang berlangsung di platform TikTok

Janganlah sesekali kita mengambil ringan perkara ini. Biarpun dunia semakin maju, kita sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam haruslah berfikiran jauh tanpa mengabaikan tuntutan yang telah ditetapkan. 

Tidak salah untuk memakai pakaian yang sopan dan usah gusar dengan jumlah penonton semasa berjual beli melalui penstriman langsung kerana rezeki itu dikurniakan oleh Allah SWT. - Getaran, 21 Oktober 2023

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini