web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 8:37AM

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka seperti gambar dan daftar masuk lokasi secara terbuka di media sosial boleh mengundang risiko kepada perlakuan jenayah seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, maklumat berkenaan menarik pelaku seksual, terutama golongan pedofilia untuk merancang perbuatan jenayah.

"Berhati-hati apabila membuat sebarang hantaran kerana impak daripada sekeping gambar boleh membawa kepada jenayah seperti pemerasan seks.

"Bagi yang memasuki alam remaja berusia 12 dan 13 tahun, mereka ini sudah boleh keluar rumah tanpa kawalan dan berjumpa dengan pelaku dan ini membawa kepada kes rogol, amang seksual dan lain-lain...semua ini hanya bermula daripada hantaran di media sosial," katanya ketika menjadi tetamu pada program 'Apa Khabar Malaysia' terbitan BERNAMA TV hari ini.

Siti Kamsiah berkata, ibu bapa seharusnya mengawal penggunaan dan perkongsian aktiviti anak-anak di media sosial, selain perlu menjadi individu yang paling dipercayai oleh anak-anak untuk berkongsi masalah.

Jelasnya, ini kerana anak-anak yang sedang meningkat remaja berpotensi diumpan seorang pedofilia yang kononnya bersedia berkongsi masalah dengan mereka.

Dalam pada itu, Siti Kamsiah berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, kes jenayah seksual mencatatkan peningkatan 15 peratus pada tahun lalu berbanding 9.6 peratus pada 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 40 minit yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad