Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Scammer Guna Media Sosial Iklan Lesen Memandu Murah, Mudah - JPJ

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Nov 2023 1:59PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kegiatan sindiket penipuan (scammer) di media sosial termasuk Facebook dan Telegram, yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu tidak mengikut syarat ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang. 

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, terdapat beberapa modus operandi digunakan sindiket itu yang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan pelbagai kaedah pujukan.

“(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Orang ramai diminta berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah ini yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi bagi mempengaruhi pemikiran mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rospiagos berkata, memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333 dan memandu tanpa lesen yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga terdedah kepada risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Beliau berkata, JPJ bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengesan pemilik akaun di media sosial yang menawarkan dan menjalankan penipuan tersebut, bagi tindakan lanjut.

"Orang ramai diseru memberikan maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket di media sosial yang cuba menawarkan promosi pengeluaran lesen secara mudah dan murah tetapi tidak mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang berhasrat mendapatkan lesen memandu secara sah boleh menghubungi Institut Memandu (IM) berhampiran yang berdaftar dengan JPJ kerana lesen memandu yang adalah mengikut tatacara dan prosedur latihan serta ujian memandu kompeten ditetapkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

3

Semasa 1 bulan yang lalu

JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Disangka Lenyap Rupanya Tidak, 'Lesen Terbang' Kembali Beroperasi

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Semasa 3 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran