web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengesahan Pembunuhan Dr Fadi Hanya Boleh Dibuat Sumber Sah - PDRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 4:06PM

Datuk Seri Abdul Jalil Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengesahan berhubung penahanan suspek pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, di Gaza, hanya boleh disahkan melalui sumber yang sah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi belum memperoleh sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, segala tindakan susulan hanya akan diambil selepas mendapatkan pengesahan berhubung penahanan berkenaan.

“PDRM akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada semua sumber yang sah seperti Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Palestin di Malaysia, Polis Antarabangsa (Interpol) atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ada hubungan baik dengan Palestin.

“Setelah mendapatkan pengesahan yang sahih, PDRM akan usahakan untuk proses membawa balik (suspek) mengikut peruntukan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook, mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

“Berita tersebar bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan.

“Pembunuh terbabit masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit. Perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap. Dia memaklumkan membunuh Imam Fadi berada bersama lelaki lain di Kuala Lumpur, ketika itu,” katanya.

Pada 21 April 2018, Fadi yang juga imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, di sini, ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Media melaporkan pembunuhan Fadi dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash berkata, dua suspek menaiki motosikal BMW yang melepaskan tembakan jarak dekat berkenaan dipercayai ejen Mossad di Malaysia.

Pembunuhan Fadi mendapat liputan meluas berita di Asia Barat dan menjadi kecoh apabila Khaled mengeluarkan kenyataan yang mendakwa, pembunuhan itu didalangi serta dirancang oleh Mossad.

Kebanyakan portal berita termasuk milik Israel seperti Haaretz.com, The Times of Israel dan The Jerusalem Post turut menyiarkan kenyataan Khaled yang mendakwa dua lelaki berkenaan adalah ejen Mossad. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar