web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasuah Penjawat Awam, Pengurus Syarikat Pembinaan Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 1:53PM

Tertuduh (baju hitam) berjalan keluar dari Mahkamah Seksyen Johor Bahru selepas menghadapi tuduhan memberi rasuah RM10,000 kepada penjawat awam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pengurus syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM10,000 kepada seorang penjawat awam berhubung kerja penyelenggaraan jalan raya, tahun lalu.

Tertuduh, Asdi Ali, 42, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, Asdi didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM10,000 kepada Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor.

Ia sebagai dorongan untuk memperoleh anggaran harga jabatan bagi mendapatkan kerja mengganti, membaik pulih permukaan jalan dan meningkatkan aspek keselamatan jalan raya serta kerja berkaitan di dua jalan di Hulu Selangor, Selangor.

Perbuatan didakwa dilakukan di Kelab Golf Forest City di Jalan Persiaran Golf 5, Gelang Patah di sini, pada Januari 2021 itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketika berhujah, peguam Nazrin Sulaiman yang mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam bulan lalu dan dibenarkan diikat jamin RM15,000 oleh hakim mahkamah itu.

Oleh itu, beliau memohon mahkamah mengguna pakai jaminan sama.

Nazrin turut memohon mahkamah mengguna pakai syarat tambahan sama, termasuk dengan seorang penjamin, melaporkan diri di Pejabat SPRM Shah Alam sekali sebulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi.

Pihak pendakwaan yang tiada bantahan dengan permohonan peguam berkenaan, kemudian memohon mahkamah memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Sesyen Shah Alam memandangkan ia membabitkan siasatan sama dengan kes dihadapi tertuduh di mahkamah itu.

Hakim kemudian membenarkan semua permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum menetapkan 26 Januari ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam. - Getaran, 9 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja