web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2024 1:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap tahun pada tarikh 9 Disember, masyarakat dunia menyambut Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) sempena  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menerima penubuhan United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) pada 31 Oktober 2003. 

Tarikh keramat itu telah dipersetujui oleh 190 negara yang menyertai UNCAC termasuk Malaysia bagi membuktikan usaha memerangi rasuah bukan hanya dilakukan di negara ini malah turut dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia yang bersama-sama bersatu menentang rasuah.

Meskipun ayat antirasuah ini agak negatif bagi sesetengah pihak, namun ia membawa pengertian lebih besar sekiranya setiap individu tidak kira usia ataupun gender memiliki sifat bencikan rasuah, salah guna kuasa dalam jati diri masing-masing.

Ini kerana, usaha memerangi rasuah tidak seharusnya menjadi tugas dan beban kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak agar kita dapat melahirkan generasi atau individu yang berintegriti tinggi, jujur dan amanah.

Jika boleh, sikap bencikan rasuah ditanamkan sejak kecil atau dibangku sekolah oleh ibu bapa bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebung’ kerana jika kanak-kanak diajar sejak kecil bencikan rasuah tentunya apabila mereka dewasa kelak mereka akan mengelak melakukan rasuah disebabkan didikan awal mengenai kesan akibat mengambil rasuah sebagaimana hukumnya haram dalam agama Islam.  

Bagaimanapun, didikan mengenai rasuah tidak harus berhenti di bangku sekolah malah perlu diteruskan sehingga peringkat menara gading kerana apabila graduan ini keluar bekerja mereka sudah mempunyai asas pegangan hidup yang berpegang kepada nilai-nilai integriti yang tinggi.

Justeru, ayuh kita bersama-sama SPRM berganding bahu membanteras gejala rasuah tidak kira peringkat usia, sebagaimana tema sambutan HARA pada tahun ini iaitu Uniting with Youth against Corruption: Shaping tomorrow’s Integrity.

Dengan tema yang memfokuskan kepada golongan remaja,  tentu sekali ia membawa maksud yang besar kerana golongan  remaja adalah pemimpin negara pada masa depan. Jika mereka berterusan didedahkan dengan gejala rasuah dan salah laku maka tidak mustahil mereka akan mudah terjebak jika usaha pencegahan tidak dilakukan dengan berterusan.

Cegahlah sebelum ia menjadi barah dan terus merebak seperti virus yang tiada penghujungnya. Sekiranya anda sayangkan negara ini janganlah menutup sebelah mata dan membiarkan gejala rasuah terus berlaku sehingga ia melarat menjadi wabak yang lebih sukar untuk terus dibendung semua pihak.

*NABILAH HUDA RAZALI*

*BUKIT AMPANG*

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Selangor Perlu Bijaksana: Periuk Nasi Rakyat Jangan Dijadikan Korban

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Kolum 3 bulan yang lalu

Jika Ini Benar, Maka Kriket Malaysia Memasuki Wilayah Berbahaya!

4

Kolum 5 bulan yang lalu

Lembaga Keamanan Trump Bukan Inisiatif Perdamaian

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang