web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2024 2:15PM

Gambar SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua pegawai kanan sebuah pertubuhan di negeri itu kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM14,000.

Menurut sumber kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan pada 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber itu berkata kedua-dua pegawai kanan tersebut menerima wang terbabit sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer untuk pertubuhan berkenaan.

"Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga Mac 2023 dengan memperoleh suapan secara pindahan wang ke akaun bank masing-masing," katanya.

Sumber itu berkata kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 5 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 1 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar