web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2026 1:39PM

Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu rasuah dan tadbir urus yang semakin berleluasa mutakhir ini nyata menimbulkan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menerusi Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Isnin lalu, baginda menggesa pihak berkuasa menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Titah baginda, usaha membanteras rasuah tidak boleh mengambil kira pangkat atau kedudukan.

Baginda bertitah, semua Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah akan dianggap sebagai ‘pengkhianat kepada negara’.

“Saya pernah bertitah bahawa saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu pegawai yang rasuah, dan nampaknya saya telah menemui mereka. Ini cuma sebahagian kecil, termasuk sebahagian dalam dewan ini, yang akan terus diburu sehingga keadilan ditegakkan,” titah Seri Paduka.

Baginda menegaskan, langkah antirasuah perlu disasarkan terus kepada semua pihak yang terlibat, termasuk pemberi dan penerima rasuah.

Baginda turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya bertindak dengan pantas, adil dan bebas.

Sultan Ibrahim memberi ingatan, sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja, yang dikenali sebagai “3R”, tidak seharusnya dieksploitasi untuk kepentingan politik.

Baginda juga menekankan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu serta mempertahankan asas perlembagaan negara seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap ancaman keselamatan digital, termasuk teknologi deepfake, serta menyeru supaya institusi demokrasi diperkukuh, antaranya dengan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Menjunjung Titah Diraja tersebut, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengingatkan setiap Ahli Parlimen agar menjaga tatasusila dan mematuhi prosedur yang ditetapkan ketika menggunakan kemudahan media Parlimen.

Beliau menggesa wakil rakyat memberi tumpuan kepada keutamaan negara seperti Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), di samping menggariskan pembaharuan untuk meluaskan sesi soal jawab serta memberikan akses awam yang lebih besar kepada Dewan Rakyat.

Setakat ini, seramai 41 orang ahli Parlimen telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang bermula pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menyentuh beberapa isu utama semasa Waktu Pertanyaan, termasuk pendirian berhati-hati Malaysia terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza di tengah-tengah serangan berterusan Israel serta bantuan kemanusiaan yang tidak terjamin.

Anwar berkata Jemaah Menteri akan membincangkan perkara itu, manakala Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, telah diarahkan mendapatkan senarai penuh keanggotaan jawatankuasa berkenaan.

Beliau menambah, Malaysia sedang berunding dengan barisan pemimpin dunia untuk mendapatkan pandangan masing-masing. 

Menyentuh aspek perdagangan, Anwar memaklumkan, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia–Amerika Syarikat (ART) yang ditandatangani pada 26 Oktober 2025 masih belum dilaksanakan sementara rundingan diteruskan, dengan kerajaan menuntut jaminan bertulis bagi melindungi dasar domestik, subsidi serta kepentingan strategik negara.

Dalam aspek dasar luar, Perdana Menteri mengulangi pendirian tegas Malaysia terhadap Venezuela, menegaskan kepentingan kedaulatan berhubung Greenland, serta menekankan keperluan pendekatan diplomatik yang berhemah terhadap Iran.

Dari sudut ekonomi, Anwar mengumumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dijangka melaporkan jumlah perdagangan rekod sebanyak RM3 trilion bagi tahun 2025, mencerminkan daya tahan negara meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 20 hari sehingga 3 Mac, manakala persidangan Dewan Negara dijadual bermula pada 23 Februari. - Getaran, 23 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna 'Suara' Agong

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kes Syed Saddiq: Pengeluaran RM1 Juta Tak Boleh Disamakan Dengan Pecah Amanah - Mahkamah Persekutuan

oleh Sophia Ahmad