web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurus Jabatan Advokasi Maut Dijerut

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 7:55AM

Nik Khatijah Nik Mud - Gambar dari Facebook IKRAM Muda Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang petugas wanita badan bukan kerajaan (NGO) ditemukan mati dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang, kira-kira 30 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa dikenali Nik Khatijah Nik Mud, 32, ditemukan seorang lelaki yang juga merupakan rakan sekerjanya yang pergi ke rumah mangsa pada jam 9 pagi sebelum menghubungi polis.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal pada mayat wanita itu, mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa dan dipercayai dibunuh lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan.

“Polis mengklasifikasikan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat ASP Ismail Ahmad di talian 019-2306107 atau menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, NGO berkenaan, Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia, dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya, menyatakan mangsa merupakan Pengurus Jabatan Advokasi.

“Pemergian seorang kakitangan Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia, Allahyarhamah Nik Khatijah telah meninggal dunia di Kajang, Selangor.

“Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah, saudara-mara, sahabat handai dan seluruh kakitangan ibu pejabat IKRAM. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para mukmin,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 29 minit yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran