web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerangka 4k Jadi Tumpuan Dalam Memperkasa Wanita - Rina

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 3:51PM

Rina Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan kepada inisiatif berlandaskan kerangka 4K - kemahiran, kewangan, keseimbangan dan kesaksamaan - dalam usaha memperkasa wanita di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata inisiatif dibangunkan Jabatan Pembangunan Wanita itu merangkumi penyediaan peluang kemahiran, memfokus pengukuhan kewangan, mengangkat kepentingan aspek keseimbangan serta memberi keutamaan kepada usaha mencapai kesaksamaan dan kepimpinan kendiri.

“Ia dijajarkan dengan hasil tinjauan oleh Institut Sosial Malaysia pada Julai 2020 yang mendapati rata-rata wanita memerlukan sokongan berbentuk kursus kemahiran yang memberikan mereka peluang untuk menjana pendapatan,” katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Hari Wanita 2021 yang dirasmikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara maya, hari ini.

Rina berkata kerangka inisiatif itu akan menjadi asas kepada pembentukan program pemerkasaan wanita pada tahun ini yang fokus pelaksanaannya termasuk meningkatkan kerjasama erat dengan lebih ramai pihak dalam aspek perlindungan wanita.

Selain itu, katanya ia turut menekankan peningkatan peluang menjana pendapatan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran terutama dalam kalangan wanita B40, selain pengukuhan jaringan komunikasi dan penyampaian maklumat antara kementeriannya dengan kumpulan sasar melalui kolaborasi dengan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan wanita.

Dalam pada itu, Rina mengakui perjalanan bagi mengangkat agenda wanita di Malaysia masih jauh dan berliku walaupun banyak inisiatif dilaksanakan saban tahun.

Beliau berkata sebagai contoh, 969 program khusus untuk wanita dilaksanakan tahun lepas oleh Jabatan Pembangunan Wanita melibatkan 400,438 orang.

Namun, katanya, laporan Global Gender Gap Index 2020 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF) menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-104 daripada keseluruhan 153 negara.

“Secara kasarnya, WEF menyasarkan rantau Asia Timur dan Pasifik memerlukan lebih kurang 163.4 tahun lagi untuk menutup sepenuhnya jurang gender ini.

“Selain itu, berdasarkan perbandingan skor WEF ini juga, pencapaian keseluruhan negara ASEAN lain didapati lebih ke hadapan berbanding Malaysia, yang berada di tangga kesembilan daripada 10 negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Jalur Dan Laluan Pacu Pembangunan Malaysia - Menteri Pengangkutan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aspek Keselamatan, Kualiti Hidup Peneroka FELDA Tidak Dilupakan Kerajaan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Selangor Semak Semula Keputusan Batal Dasar Pelantikan Tetap Kakitangan Kontrak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KPM Umum 10 Prakarsa Termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu Sempena Hari Guru 2023

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar