Berita Terkini

5 jam yang lalu: Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan 3 lagi polis 5 jam yang lalu: Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara 5 jam yang lalu: Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI 5 jam yang lalu: Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan 5 jam yang lalu: Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi

IKUTI KAMI


KPM Umum 10 Prakarsa Termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu Sempena Hari Guru 2023

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 2:00PM

Fadhlina Sidek berkata inisiatif berkenaan juga bertujuan mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-52 tahun ini.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata inisiatif berkenaan juga bertujuan mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan tema sambutan berkenaan iaitu 'Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI'.

Beliau berkata antara inisiatif berkenaan ialah menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik dengan kerjasama kerjasama rakan strategik KPM.

“Program ini ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Tourism Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Airasia, Traveloka dan Bank Rakyat.

“Selain menghargai sumbangan guru menerusi peluang pakej percutian menarik, inisiatif ini turut dapat mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Fadhlina berkata inisiatif lain ialah KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan khususnya bagi mengatasi isu kekosongan guru dalam mata pelajaran kritikal.

“KPM telah memperkasakan kaedah yang lebih strategik dalam urusan pengambilan guru baharu termasuklah mempertingkat sinergi dan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Melantik serta agensi pusat yang berkaitan seperti SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan.

“Beberapa kaedah dan pendekatan strategik telah dipersetujui dan akan dilaksanakan termasuk peluasan kluster mata pelajaran bagi membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru,” katanya.

Beliau berkata selain itu, pengambilan juga diperluaskan dalam kalangan graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara bagi mata pelajaran kritikal dan sukar mendapat calon dari Universiti Awam seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Rekabentuk dan Teknologi dan Pendidikan Islam.

Katanya inisiatif lain ialah kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM kepada semua guru institusi pendidikan bawah kementerian itu bagi memberi keselesaan semasa menjalankan tugas harian termasuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti kokurikulum.

Fadhlina berkata selain itu, KPM menetapkan agar sambutan Hari Guru tahunan mulai tahun ini disambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja dan sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis tersebut dimansuhkan.

Beliau berkata prakarsa lain pula membabitkan peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan penambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan Orang Asli. 

"Sehingga kini, terdapat 12 buah program Sekolah K9 yang sedang beroperasi di seluruh negara dan KPM telah memutuskan peluasan pengoperasian Sekolah K9 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru di Tumpat, Kelantan  mulai Jun 2023 dengan melibatkan murid arus perdana dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MPBK)," katanya.

Inisiatif lain ialah berkaitan lawatan sekolah pada hari persekolahan, perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah, mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia, mempertingkat peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Segulai Sejalai Jadi Cogan Kata Perpaduan Untuk Seluruh Negara - Anwar

2

Sukan 2 hari yang lalu

Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

3

Politik 2 hari yang lalu

PAU 2023 Pentas Terbaik Ahmad Zahid Rungkaikan Isu Sokong DAP

4

Semasa 2 hari yang lalu

PM Serah Kepada Peguam Negara Untuk Ambil Tindakan Terhadap Sanusi

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kertas Siasatan ‘Pulau Pinang Milik Kedah’ Sedang Dilengkapkan, Percakapan Sanusi Dirakam

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi KBS Buat 7 Ketetapan Martabat Sukan Negara

oleh Farhana Farush

Semasa 16 jam yang lalu

Istilah 'Sahabat', 'Kakak' Di Pertemuan Jokowi - Anwar Jadi Sorotan Media Indonesia

Semasa 1 hari yang lalu

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

oleh Sophia Ahmad