web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif Jalur Dan Laluan Pacu Pembangunan Malaysia - Menteri Pengangkutan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 12:59PM

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan terus memacu pembangunan sosioekonomi Malaysia dan mengekalkan kerjasama saling menguntungkan antara Malaysia dan China, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

Dalam temu bual dengan Xinhua baru-baru ini, Loke berkata inisiatif yang dicadangkan oleh China sejak sedekad lalu itu boleh membantu 'mengubah nasib negara membangun di seluruh dunia'.

Beliau menekankan kepentingan pembangunan saling menguntungkan di bawah rangka kerjanya, dengan negara-negara yang mengambil bahagian berbeza dari segi persekitaran geografi, fasa ekonomi dan sistem politik.

"Sejak dekad yang lalu, China telah mengekalkan sikap terbuka dengan menggalakkan kerjasama," kata beliau.

Beliau mengambil contoh Projek Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia yang menyaksikan kedua-dua negara melakukan rundingan semula pada 2018 dan 2019 demi memastikan projek itu terus membawa lebih banyak pembangunan ekonomi kepada Malaysia.

"Sehubungan itu, kami ingin berterima kasih kepada kerajaan China kerana berfikiran terbuka... Ini menunjukkan bahawa apabila kita menghadapi beberapa masalah, kita boleh menyelesaikannya, kita boleh membincangkannya semula...," katanya.

Loke mengulas bahawa kemajuan ECRL bukan sahaja mencerminkan prinsip perundingan yang meluas, sumbangan dan manfaat bersama BRI, bahkan menjadi contoh bagaimana projek mega boleh menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial yang komprehensif.

ECRL bukan sahaja menggalakkan kerjasama perkhidmatan kereta api tetapi juga peluang pembangunan industri dan sumber latihan.

"Dengan ECRL, kami mahu membawa lebih banyak peluang pembangunan di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia. Kami telah berbincang dengan rakan kongsi China tentang bagaimana untuk memastikan selepas projek ECRL selesai, pembangunan industri juga dapat ditingkatkan," jelas Loke.

Beliau berharap ia dapat menggalakkan lebih banyak pelaburan perindustrian pada masa hadapan, membina lebih banyak taman perindustrian, membangunkan industri bernilai tinggi di sepanjang ECRL, serta melatih lebih ramai bakat tempatan untuk memenuhi keperluan sistem kereta api itu.

Beliau berpendapat BRI adalah satu pilihan yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Bagi sesebuah negara, BRI adalah pilihan model pembangunan.

"Kita dapat saksikan bahawa projek BRI sangat popular di negara lain terutama di Asia Tenggara. Kereta api laju Jakarta-Bandung yang baru siap di Indonesia adalah contoh yang baik. Kerajaan Indonesia mahupun rakyatnya mengalu-alukan projek ini.

"Rangkaian pengangkutan adalah prasyarat penting untuk pembangunan ekonomi," kata Loke.

Malaysia akan terus membangunkan sistem pengangkutan dan logistik, termasuk menaik taraf pelabuhan, lapangan terbang, lebuh raya, kereta api dan kemudahan infrastruktur lain, bagi meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama antara sistem pengangkutan yang berbeza.

Dengan kelebihan geografi di Selat Melaka, Malaysia menikmati sumber pelabuhan yang banyak, manakala barangan dari pelabuhan berkenaan boleh diangkut melalui sistem kereta api ke Thailand, Laos dan kemudian ke China, malah lebih jauh ke Eropah melalui pengangkutan kereta api kargo China-Eropah.

Menyentuh mengenai kesan projek BRI, Loke berkata, projek utama ini mempunyai potensi besar untuk memacu pembangunan untuk tempoh beberapa dekad akan datang. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad