web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Semak Semula Keputusan Batal Dasar Pelantikan Tetap Kakitangan Kontrak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 9:52PM

Amirudin Shari (dua kiri) berkata perkara itu akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Jumaat ini untuk dibincangkan. - Gambar Bernama 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Kerajaan Negeri Selangor akan menyemak semula keputusan pembatalan dasar pelantikan tetap penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Jumaat ini untuk dibincangkan, dan keputusannya akan dimaklumkan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri. 

"Saya akan semak balik keputusan dengan MMKN, saya nak kenal pasti apa dasar yang dipertimbangkan dan dilaksanakan, tunggu pihak pengurusan kerajaan negeri di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri akan buat kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Pelan Rancangan Strategik Pendidikan Negeri Selangor (SELESTARI) 2023-2030 dan logo baharu Yayasan Selangor di sini hari ini. 

Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) dalam kenyataan hari ini meluahkan rasa kesal dengan keputusan Kerajaan Selangor itu yang disifatkan sebagai drastik dan seakan-akan tidak menghargai sumbangan kakitangan kontrak dalam kerajaan. 

Merujuk kepada SELESTARI 2023-2030, Ahli Parlimen Gombak itu berkata pelancaran pelan pendidikan itu pada hari ini sekali gus menjadikan Yayasan Selangor sebagai institusi induk bagi pembangunan pendidikan di negeri itu. 

"...jadi selepas ini pelan perancangan sama ada dari pendidikan rendah, menengah, tinggi termasuk TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) akan diselenggara dan dipantau keseluruhannya oleh Yayasan Selangor.

"Pelan strategik ini juga secara tidak langsung institusi kerajaan negeri seperti unit perancang ekonomi yang merangka belanjawan negeri dan rancangan Selangor, selepas ini mampu untuk meneliti tentang perkembangan kemajuan pendidikan secara keseluruhan," katanya. 

SELESTARI merangkumi beberapa komponen seperti matlamat, strategi, dan inisiatif untuk membaiki dan meningkatkan sistem pendidikan negeri selain menggarap strategi untuk mengenal pasti, membangun, mengadaptasi dan menyepadukan semua kecerdikan sumber pendidikan sedia ada serta menterjemahkan potensinya dalam membangunkan keupayaan inovasi dan keberkesanan sektor pendidikan negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam