web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MB Arah Jabatan Perhutanan Buat Siasatan Lengkap Isu Sungai Telemong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 8:06PM

Kesan longgokan kayu termasuk bersaiz kayu balak dikesan berhampiran Sungai Telemong, dekat Bentong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Penemuan longgokan kayu di sepanjang Sungai Telemong, dekat Bentong, susulan bencana banjir luar biasa di kawasan berkenaan 19 Disember lalu perlu disiasat dengan telus dan profesional.

Ia susulan dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan kemunculan longgokan kayu termasuk bersaiz kayu balak adalah berpunca daripada kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan terbabit.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sudah mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar banjir lumpur dan turut mengorbankan lima mangsa, termasuk seorang yang masih hilang.

“Buat masa ini, perkara itu masih dalam siasatan dan tindakan (siasatan) dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, jadi kita tunggu laporan (siasatan) dulu.

“Mengenai dakwaan sama ada berlaku pembalakan atau tidak, kita tidak boleh buat andaian, saya beritahu mereka (JPNP) buat laporan sebaik mungkin dan kita tunggu hasil (siasatan) itu nanti,” katanya kepada media selepas melawat penduduk terjejas banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, empat mangsa dilaporkan meninggal dunia, dua hilang dan 10 lagi selamat selepas lima kereta dihanyutkan arus deras apabila terperangkap di atas jambatan merentasi Sungai Telemong.

Wan Rosdy (dua dari kanan) bersama penduduk ditempatkan di PPS SMK Ubai, dekat sini.
Wan Rosdy (dua dari kanan) bersama penduduk ditempatkan di PPS SMK Ubai, dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dilaporkan berkata, misi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy ketika ditanya mengenai tempoh diberikan kepada JPNP bagi menjalankan siasatan berkata, beliau tidak meletakkan sebarang garis waktu, namun ia perlu dilengkapkan seberapa segera yang boleh.

“Kita kena faham, kalau nak masuk ke kawasan itu sekarang, susah jugalah dengan (keadaan) cuaca tidak menentu, nyawa dan keselamatan juga perlu kita ambil kira.

“Tapi ini tidak bermakna (siasatan) ambil masa yang lama, saya tidak meletakkan time frame untuk mereka (JPNP) tapi tidaklah terlalu lama (untuk disiapkan), agak-agaklah,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai status pengurusan PPS di seluruh Pahang sepanjang bencana banjir baru-baru ini, beliau memaklumkan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Nak kata semuanya cemerlang, tidak juga, tapi memuaskan dan boleh diperbaiki. Kita tengok mana yang boleh kita perbaiki dan buat (persediaan) untuk menghadapi gelombang kedua,” katanya.

Wan Rosdy turut mengumumkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM200 sebulan kepada mangsa banjir yang kediaman mereka musnah sepenuhnya.

Katanya, penyaluran bantuan itu akan dilakukan selama enam bulan bagi meringankan bebanan mangsa untuk memulakan kembali kehidupan mereka. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad