web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2026 7:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, susulan kenyataan dibuatnya menerusi media sosial. 

Setakat jam 3 petang tadi, 153 laporan polis terhadap beliau telah diterima.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dua laporan polis turut dibuat oleh bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor,  masing-masing pada jam 10.53 pagi dan 12.13 tengah hari tadi.

“Setakat jam 3 petang, sebanyak 153 laporan polis telah diterima di seluruh Malaysia dan polis menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang melibatkan perbuatan berunsur hasutan.

“Mohd Puad turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang dibuat dengan niat untuk menimbulkan ketakutan atau kegusaran dalam kalangan orang awam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menghormati proses siasatan dan tidak membuat sebarang komen atau spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan awam,” katanya.

Ab Rahaman memberi amaran, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan menyalahi undang-undang.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan ruang digital kekal sebagai platform yang selamat serta memupuk budaya komunikasi yang matang, berasaskan fakta dan saling menghormati demi kesejahteraan masyarakat serta kestabilan negara,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

3

Semasa 2 hari yang lalu

Pertelingkahan Bertukar Ganas, Warga Emas 80 Tahun Cedera Dipukul Batang Besi

4

Semasa 3 hari yang lalu

Hilang Ketika Program Tahfiz, Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemui Maut

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Banduan Maut Dipukul 3 Rakan Di Penjara Marang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Ibu Yang Rela Anaknya Dikenang Dengan Cara Menyedihkan’ - Kasturi

oleh Sophia Ahmad