web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pawagam Akhirnya Dibuka, Industri Hiburan Mula Meriah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 8:22AM

Pengunjung beratur untuk suhu tubuh badan mereka diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke panggung wayang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Selepas sekian lama sepi tanpa hiburan, hidup rakyat Malaysia kini kembali meriah, apabila kerajaan mengumumkan pembukaan semula pawagam, membabitkan negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selepas hampir tujuh bulan pengusaha terpaksa menanggung kerugian akibat larangan beroperasi, pengumuman terbaharu itu disifatkan sebagai cahaya di hujung terowong.

Kebenaran terbabit turut disambut meriah oleh penggemar dan pencinta filem, yang nampaknya tidak sabar menikmati semula keasyikan menonton di panggung.

Kebenaran itu bagaimanapun, perlu disertai dengan pematuhan pada skala tinggi terhadap semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, ia mencakupi SOP pencegahan penyakit, pembersihan dan operasi sanitasi premis, penjarakan fizikal serta tatacara keselamatan pekerja, termasuk tindak balas jika berlaku kecemasan.

Panggung wayang sedang disanitasi oleh seorang pekerja.
Panggung wayang sedang disanitasi oleh seorang pekerja.

Tinjauan Getaran di beberapa premis pawagam mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati filem kegemaran masing-masing, selepas sekian lama terhalang daripada berbuat demikian.

Seorang pembantu peniaga, Samad Sharin Anuar, 28 berkata, keputusan kerajaan itu adalah satu tindakan yang amat wajar, bagi menyelamatkan industri perfileman dan perniagaan pawagam.

“Memang wajar keputusan kerajaan ini. Bukan sahaja kita dapat membantu menaikkan semula industri perfileman, orang ramai juga dapat menghilangkan sedikit tekanan, selepas sekian berdepan ancaman COVID-19,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Samad, sudah hampir setahun beliau tidak menonton filem di panggung, khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan tahun lalu.

Pendapat sama dikongsi seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), Yusri Yusra, 23 yang mengakui teruja apabila mendapat tahu mengenai berita itu.

“Ini sememangnya berita yang amat dinantikan kerana saya dan rakan-rakan sudah lama merancang untuk menonton filem animasi Jepun, Demon Slayer di pawagam.

“Menonton di pawagam lebih asyik dan puas, kerana bukan sahaja skrin lebih besar, malah kesan bunyi yang dihasilkan juga jauh lebih mantap,” katanya.

Tempat duduk yang ditanda 'X' adalah untuk menjaga penjarakkan fizikal.
Tempat duduk yang ditanda 'X' adalah untuk menjaga penjarakkan fizikal.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang petugas pawagam, Magendran Sugumaran, 24 berkata, orang ramai dilihat sentiasa cakna dengan SOP dikuatkuasakan kerajaan, malah sentiasa tertib dan mematuhi peraturan, khususnya penjarakan fizikal.

“Mereka memberikan kerjasama yang amat baik, termasuk membeli tiket secara atas talian, bagi mengelakkan berlaku kesesakan di kaunter tiket.

“Kerjasama orang ramai ini membuatkan tugas kami di pawagam juga berjalan lancar tanpa masalah,” katanya tersenyum.

Semua gambaran ini sebenarnya adalah satu bukti bahawa majoriti rakyat Malaysia sememangnya peka dengan semua norma baharu digariskan kerajaan, walaupun tidak dinafikan, ada segelintir yang enggan mengikut peraturan.

Jika kepatuhan ini terus berada pada skala tinggi, tidak mustahil kadar jangkitan COVID-19 kembali rendah, seperti yang pernah berlaku, sebelum gelombang ketiga virus berkenaan menyerang negara. - Getaran, 8 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad