web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Senaraikan Kelulusan Tidak Diiktiraf, Pengundi Boleh Nilai Integriti Calon PN - Abdul Rashid

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2024 1:33PM

Khairul Azhari Saut - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Integriti dan keikhlasan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azahari Saut untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) boleh dinilai menerusi tindakannya menyenaraikan kelulusan  yang tidak diiktiraf.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, Khairul Azahari tidak akan mengelak daripada membicarakan mengenai kelulusan dimiliki jika beliau benar-benar ikhlas.

Mengakui terkejut dengan ‘kelulusan’ dimiliki Naib Ketua BERSATU Bahagian Hulu Selangor itu, Abdul Rashid berkata, perkara itu hanya diketahuinya baru-baru ini apabila ia menjadi bualan hangat pelbagai pihak.

“Jadi tuan-tuan sendiri fikirlah, fikir sama ada beliau ini ada integriti ataupun tidak. Kalau seorang yang jujur, ikhlas, dia akan bagitau kelulusan saya ini. 

“Kalau dia kata saya tak nak cakap pasal kelulusan saya tu, masalah lah tu,” katanya, merujuk kepada isu melibatkan kelayakan akademik  dimiliki Khairul Azahari yang menjadi isu hangat kebelakangan ini.

Abdul Rashid Asari ketika berkempen di PDM Kerling - gambar Sophia Ahmad
Abdul Rashid Asari ketika berkempen di PDM Kerling - gambar Sophia Ahmad

Abdul Rashid yang ditemui ketika berkempen bagi Kerajaan Perpaduan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kerling di sini berkata, Khairul Azahari dilantik sebagai Naib Ketua Bahagian kerana beliau mampu melaksanakan arahan diberikan.

““Saya letak dia di Hulu Selangor sebagai Naib Ketua Bahagian tapi saya tak tahulah pada masa itu, saya tak pernah tanya pun kelulusan dia.

“Pada saya kalau seorang tu boleh membuat kerja, boleh melaksanakan apa-apa arahan daripada saya, saya angkatlah dia sebagai Naib Ketua Bahagian, tak pernah tanya pasal kelulusan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, mana-mana pemegang ijazah Sarjana pastinya akan berbangga dengan kelulusan dimiliki, selepas berhempas-pulas berusaha. 

“Patutnya bila orang tanya, you ada Masters, you mesti bangga kan? Oh saya ada Masters, jadi orang akan terpengaruh. Tapi ni tidak. Bila tanya kelulusan calon macam mana, ‘saya tak nak cakap, jangan kacau, tegur pasal tu’.

“Jadi terpulanglah kepada tuan-tuan puan-puan. Tuan-tuan puan-puan orang yang bijaksana semua, jadi pilihlah calon yang layak untuk menjadi ADUN di kawasan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Kelayakan akademik Khairul Azahari mula menjadi isu apabila ia disenaraikan pada poster kempen PRK miliknya.

Kelayakan akademik Khairul Azhari yang menjadi isu hangat kebelakangan ini - gambar Facebook
Kelayakan akademik Khairul Azhari yang menjadi isu hangat kebelakangan ini - gambar Facebook

Semakan dibuat mendapati, kelulusan yang disenaraikan itu tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ketika ditanya media, Khairul Azahari enggan mengulas lanjut, malah menganggap ia sebagai satu cubaan untuk menjatuhkan imejnya di mata pengundi.

Mengulas perkara tersebut, Abdul Rashid yang juga mantan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor berkata, beliau sememangnya merasa pelik apabila melihat kelulusan disenaraikan itu.

“Yang saya tahu dia berkelulusan Masters ni baru ni lah. Itu saya pun pelik. Dia ada Diploma Perniagaan. Diploma kalau nak pergi buat Masters patutnya mesti ada degree, betul tak? Itu prosedur biasa. Tapi bila dia kata dia ada Masters, saya pun terkejut. Masa bila pulak dia buat Degree? 

“Jadi alasan yang mereka beri ialah Masters ni ialah kursus oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dibuat di UMP dan kursus ini tidak diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“Jadi pada saya, kalau kita tahu kursus itu tidak diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, buat apa yang tuan-tuan susah-susah buat Masters tu, betul tak,” soalnya, sinis.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid bersama Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dipecat daripada BERSATU kerana 
berceramah di pentas ceramah Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kedua-dua pemimpin terbabit akan menerima surat pemecatan masing-masing minggu depan. 

"Mereka berceramah untuk PH pada kempeb PRK DUN Kuala Kubu Bharu.

“Jika mengikut perlembagaan BERSATU, keahlian mereka gugur secara automatik,” katanya pada ceramah di Batang Kali, semalam. - Getaran, 9 Mei 2024

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Semasa 21 jam yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

Semasa 22 jam yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar