web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCA Kekal Bersama BN, Pastikan Kemenangan - Wee Ka Siong

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 11:29AM

Wee Ka Siong - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MCA hari ini menzahirkan pendirian parti untuk kekal bersama-sama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menegaskan perkara itu pada perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-67 berkata, sejak penubuhannya MCA telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam perjuangan dan menghadapi waktu susah senang dan pahit manis bersama-sama (BN).

“Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap dan dipraktikkan oleh BN adalah selari dengan perjuangan MCA.

“Oleh itu, pada PRU15 datang, MCA akan terus bersama-sama dengan BN, untuk memastikan BN memperoleh kemenangan. Jika melihat adanya keperluan, kita juga akan bersama parti-parti lain untuk membina kekuatan dalam membawa semangat kepelbagaian dan kesederhanaan demi memelihara negara,” katanya di sini.

Perhimpunan berkenaan diadakan secara hibrid, susulan pandemik COVID-19 menggabungkan kehadiran 95 perwakilan secara fizikal di ibu pejabat MCA di sini, manakala selebihnya 1,125 perwakilan mengambil bahagian secara maya.

Mengulas lanjut, Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan berkata PRU15 merupakan pilihan raya yang amat penting bagi MCA, yang akan menentukan nasib parti pada masa akan datang dan mendapat kembali sokongan dan mandat rakyat.

“Bagi kita, PRU akan datang merupakan cabaran yang sangat besar, kerana kita perlu memastikan MCA menang lebih banyak kerusi supaya kita mempunyai lebih banyak mandat rakyat, dan sekali gus dapat memperkuatkan parti,” katanya.

Selain itu cara berpolitik kata Ka Siong perlu dibiasakan dengan norma baharu, sama seperti norma baharu yang dilaksanakan ekoran COVID-19, dan untuk itu MCA katanya tidak boleh lagi bersaing mengikut model dan corak pemikiran yang lama.

Beliau berkata MCA perlu bergerak seiring peredaran masa, mengambil kira pandangan dilontarkan supaya kekal relevan, dan matlamat utama parti untuk menang dan mengembalikan kegemilangan parti yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

“Kita tidak mahu ada perselisihan atau pertengkaran dalaman parti, kerana ia merupakan ‘virus perosak’ yang boleh menjatuhkan kita semua. Kita perlu memastikan kemenangan dalam PRU akan datang. Jangan kerana pergelutan dalaman parti, akhirnya parti tergadai,” katanya.

Selain itu katanya kegagalan yang dialami Pakatan Harapan perlu jadikan sebagai pengajaran dan iktibar buat MCA, agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Mengenai kerajaan, MCA yang menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kata Ka Siong, akan memainkan peranannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat, dalam menangani pandemik COVID-19 dan merancakkan ekonomi.

Terdahulu, Ka Siong turut merasmikan sambutan Ulang Tahun ke-72 MCA, yang turut diadakan hari ini dengan persembahan kumpulan gendang dan acara nyanyian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad