web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Tindakan Harga Barang Naik, Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Gagal -  Anwar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 2:52PM

Anwar bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari (kiri) melawat Gerai Sayur Shah Alam anjuran PKPS Shah Alam - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kenaikan harga barangan keperluan yang tidak munasabah ketika ini membuktikan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal untuk mengambil tindakan segera mengatasi masalah berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua agensi kerajaan yang terlibat dalam isu berkenaan dilihat bersikap ‘lepas tangan’ kerana masih tiada tindakan proaktif menurunkan harga barang.

“Kerajaan Persekutuan sekarang ini gagal kerana tidak mengambil langkah-langkah pantas dan tiada perancangan bagi mengurangkan tekanan harga seperti yang berlaku sekarang ini.

“Saya ingin bertanya, di manakah agensi kerajaan persekutuan seperti FAMA dan MARDI yang bila keadaan jadi begini, sepatutnya turun ke bawah kurangkan beban yang sedang dihadapi rakyat serta peniaga ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas melakukan tinjauan gerai jualan sayur anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sehubungan itu, Anwar menggesa agar kerajaan Persekutuan mengambil tindakan pantas dalam mengatasi isu kenaikan harga barangan yang dilihat semakin membebankan orang ramai.

Beliau yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpandangan agar pemantauan harga barang secara proaktif perlu dilaksanakan, di samping meningkatkan penguatkuasaan di lapangan  bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya berharap kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan umumnya, ambil tindakan segera terhadap harga sayur, ikan, ayam yang sedang naik menggila sekarang ini.

“Ini kerana isu ini adalah krisis nasional yang membebankan rakyat seperti yang saya tegaskan di (persidangan) Parlimen pada pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, orang ramai mula meluahkan rasa kecewa apabila harga beberapa jenis sayur-sayuran di pasaran didapati naik mendadak hingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Isu kenaikan harga sayur ini menjadi bualan ramai dalam kalangan netizen selepas Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader mendedahkan kenaikan harga sayur-sayuran yang melampau.

Sementara itu, mengulas berkenaan jualan sayuran anjuran PKPS, Amirudin berkata produk hasil tani dijual di Wisma PKS menawarkan harga jauh lebih murah berbanding pasaran.

Menurut beliau, menjadi fokus kerajaan Selangor membantu golongan petani selain memastikan hasil pertanian mereka dipasarkan dengan harga lebih murah dan tidak membebankan pengguna.

“Kita cuba membantu usaha kepada mereka yang memerlukan dengan mengurangkan harga barangan ini, dan bukanlah mengambil tindakan populis untuk memberi wang kepada rakyat tetapi ambil tindakan kepada isu sebenar iaitu harga barang.

“Saya harap ini boleh menjadi formula untuk mengurangkan harga barang dan dapat membantu masyarakat khususnya di kala harga barangan sedang meningkat dengan melampau dan tidak munasabah,” katanya. - Getaran, 30 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar