web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Dalam Talian Juga Perlu Bayar Zakat Jika Cukup Syarat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 11:11AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peniaga dalam talian, ejen pesan hantar (dropship) dan mereka yang terlibat dalam perniagaan secara dalam talian adalah golongan yang layak dikenakan zakat perniagaan, kata Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Khairul Azhar Samsudin.

Beliau berkata peniaga-peniaga kecil perlu melaksanakan tanggungjawab zakat mereka ke pejabat PPZ-MAIWP sekiranya cukup syarat dan nisabnya.

“Dalam tempoh pandemik ini kita dapat lihat bahawa antara sektor ataupun industri yang agak melonjak adalah mereka yang terlibat dengan perniagaan dalam talian,” katanya dalam sesi temu bual yang bertajuk ‘Zakat Mengisi Perut Orang Lain’ melalui Google Meet.

Khairul Azhar berkata zakat perniagaan berbeza dengan zakat pendapatan ataupun zakat individu kerana golongan yang wajib membayar zakat perniagaan akan diberikan rebat cukai dan ia termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Kelebihan bagi mereka yang membayar zakat perniagaan adalah zakat ini terhad kepada 2.5 peratus kepada pendapatan agregat sesebuah syarikat,” katanya.

Syarikat yang mempunyai pemilikan usaha sama dengan orang yang bukan Islam pula hanya perlu membayar mengikut pecahan pemilikan bagi pemilik beragama Islam sahaja.

“Sebagai contoh, dalam syarikat A terdapat dua pemegang saham Abu dan Ah Chong jadi kedua-duanya mempunyai ekuiti 50 peratus dalam syarikat A.

“Secara kesimpulannya, zakat dalam perniagaan ini dikira ke atas Abu sahaja iaitu 50 peratus, kita tidak mengambil kira ke atas Ah Chong kerana syarat wajib zakat tersebut ia haruslah beragama Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Khairul Azhar menyeru orang ramai yang layak membayar zakat perniagaan agar melaksanakan tanggungjawab mereka kerana zakat merupakan nadi dalam menggerakkan ekonomi kepada pemberi dan penerima zakat.

Katanya, penerima zakat akan mendapat pelbagai skim bantuan antaranya skim bantuan perniagaan bagi membantu bukan sahaja mereka dan keluarga malah dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Pada 15 November lepas, PPZ-MAIWP telah melancarkan kempen Year End Zakat YEZ bertujuan menggalakkan orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat selewat-lewatnya pada 31 Disember ini, bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan taksiran 2021 dan menikmati lebih 1,200 hadiah menarik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

3

TARA 3 tahun yang lalu

Zakat Fitrah Orang Yang Meninggal Dunia Di bulan Ramadan Wajib Dibayar Tetapi…

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Elak Risiko, Usah Tangguh Bayaran Zakat Fitrah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad