web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2026 5:23PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta yang dikaitkan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini tidak melibatkan mana-mana institusi zakat.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia sebaliknya membabitkan dana sumbangan luar serta pelbagai sumber lain.

Menurut beliau, siasatan mendapati sebahagian dana yang diseleweng itu turut merangkumi kutipan bertujuan disalurkan kepada sebuah pihak berkuasa zakat negeri.

“Siasatan terkini menunjukkan NGO ini menerima sumbangan daripada pelbagai sumber, termasuk komisen daripada kutipan tertentu yang sepatutnya diserahkan kepada badan zakat negeri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Azam, dana tersebut bagaimanapun tidak disalurkan untuk tujuan asal, sebaliknya dipercayai diseleweng individu tertentu bagi kepentingan peribadi.

“Ia termasuk pembelian aset mewah. Perbuatan ini jelas  menyalahi undang-undang dan siasatan sedang dijalankan oleh SPRM,” katanya.

Kes terbabit terbongkar susulan penahanan tiga individu, termasuk timbalan pengerusi NGO terlibat oleh SPRM.

Terdahulu, dua suspek lelaki berusia 50-an dan 60-an ditahan dalam operasi berasingan di Lembah Klang antara jam 3 petang hingga 5 petang semalam, manakala seorang lagi lelaki berusia 50-an ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek, termasuk dua daripadanya yang merupakan pengarah syarikat, dipercayai bersekongkol dalam kegiatan tersebut antara 2018 hingga 2024.

Pihak berkuasa turut percaya timbalan pengerusi NGO berkenaan telah memindahkan dana sebanyak RM230 juta ke dalam akaun sebuah syarikat di bawah kawalannya, untuk tujuan pelaburan serta kegunaan peribadi.

SPRM kini memberi tumpuan kepada elemen penyelewengan dana awam, memandangkan NGO tersebut menerima sumbangan orang ramai yang bertujuan membantu golongan memerlukan. - Getaran, 22 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad