web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Risiko, Usah Tangguh Bayaran Zakat Fitrah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 7:00AM

Perbuatan menangguhkan zakat fitrah boleh menyebabkan seseorang itu terlupa untuk menunaikannya kerana kesibukan persiapan di pagi raya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan tidak menangguhkan pembayaran zakat fitrah sehingga ke pagi 1 Syawal bagi mengelak berdepan sebarang risiko.

Perkara itu ditekankan dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Jom Tunaikan Zakat Fitrah Dengan Ilmu dan Kefahaman’ dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam, yang turut menjelaskan kepentingan zakat.

Menurut teks khutbah berkenaan, perbuatan menangguhkan zakat fitrah boleh menyebabkan seseorang itu terlupa untuk menunaikannya kerana kesibukan persiapan di pagi raya.

Malah katanya, ada kemungkinan pihak Penolong Amil Fitrah yang bertugas juga disibukkan dengan aktiviti lain sehingga mereka sukar menerima bayaran pada saat akhir.

“Sering terjadi juga, resit kutipan zakat fitrah habis sehingga pihak Penolong Amil Fitrah enggan menerima bayaran berkenaan,” katanya.

Jelas teks itu lagi, risiko yang tidak dapat ditolak juga adalah pengisytiharan 1 Syawal yang dilakukan sehari lebih awal dari tarikh yang dijangkakan sebagaimana yang berlaku tahun lalu.

“Ia menyaksikan umat Islam menjadi kelam-kabut untuk menunaikan zakat fitrah.

“Saluran bayaran melalui atas talian (online) yang diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) ketika itu menjadi terlalu sesak sehingga tidak mampu lagi menampung jumlah kemasukan untuk pembayaran,” katanya.

Akibatnya, terdapat umat Islam yang melakukan pembayaran zakat fitrah secara semberono, termasuklah ada yang tidak menunaikan kewajipan tersebut kerana tidak sempat.

Katanya, ada juga yang melakukan pembayaran ke aplikasi atas talian di luar Selangor disebabkan masalah yang timbul.

“Laporan unjuran LZS berkenaan insiden berkenaan, dianggarkan zakat fitrah yang mengalir ke tempat lain ketika itu adalah sekitar RM2 juta. Perkara ini dapat dihindari jika kita menunaikannya lebih awal.

“Namun umumnya umat Islam sering menunggu waktu terakhir untuk berbuat demikian khususnya pada pagi 1 Syawal atas alasan itulah waktu paling afdal.

“Hakikatnya, fatwa menyatakan bahawa membayar zakat fitrah itu boleh dimulakan lebih awal, iaitu bermula dari malam 1 Ramadan sehinggalah ke hari terakhir Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, teks khutbah itu menegaskan, oleh kerana zakat fitrah adalah satu ibadah melibatkan harta, maka sebaik-baiknya ia hendaklah ditunaikan dengan penuh rasa kemurahan hati.

Katanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi sesiapa pun untuk melebihkan harga bayaran tersebut kerana ia menggambarkan sikap seseorang yang amat menyayangi kaum fakir miskin dan mengharapkan kegembiraan mereka pada hari raya.

 “Atas dasar itulah, fatwa juga menggalakkan agar kita menunaikan zakat fitrah mengikut harga sebenar jenis beras yang kita makan, sama ada RM7, RM14 atau RM21 setiap orang.

“Perbuatan ini hakikatnya pernah dilakukan dalam kalangan sahabat nabi sendiri, yang mana mereka juga memilih untuk membayar zakat fitrah mengikut jenis makanan yang dimakan,” katanya.

Jelas teks itu lagi, zakat fitrah apabila ditunaikan dengan penuh kefahaman, maka ia
dapat membantu umat Islam untuk mencapai darjat takwa dalam berpuasa sebagaimana dijanjikan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, Ayat 183.

“Antara bukti seseorang itu sudah mencapai darjat takwa ialah, dia menjadi sangat suka melakukan ketaatan dan amat takut melakukan kemaksiatan.

“Bukti seseorang itu sangat suka kepada ketaatan dapat dilihat kepada sikapnya dalam memberikan sedekah, menyantuni fakir, miskin, muallaf dan mereka yang memerlukan.

“Atas dasar itulah Rasulullah SAW menyatakan bahawa, sedekah (termasuklah zakat) itu adalah bukti keimanan seseorang itu kepada Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, teks tersebut turut menyarankan umat Islam agar menunaikan zakat fitrah dan zakat harta menerusi LZS kerana terbukti agensi berkenaan berjaya menguruskannya dengan baik kepada asnaf yang berhak.

 “Lihatlah janji Allah SWT kepada orang-orang yang berpuasa dan memberi sedekah yakni memberi makan kepada orang lain, disediakan bagi mereka hadiah yang sangat istimewa, jika di dunia sudah pasti menjadi kemegahan yang tiada taranya.

“Demikianlah betapa zakat fitrah dapat melengkapkan puasa kita, dan menjadi penanda aras tahap keimanan kita,” katanya. – Getaran, 15 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

2

Kolum 4 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad