web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zakat Fitrah Orang Yang Meninggal Dunia Di bulan Ramadan Wajib Dibayar Tetapi…

Perkara ini bergantung kepada situasi sebelum menetapkan zakat fitrah perlu dibayar atau tidak bagi pihak si mati yang meninggal dunia ketika bulan Ramadan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 10:15AM

Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, pasti kelihatan kaunter-kaunter pembayaran zakat tersebut dibuka di beberapa tempat termasuk di tapak bazaar Ramadan. - Semua gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umumnya, hukum membayar zakat fitrah adalah wajib ke atas Muslim dengan syarat tertentu dan tempohnya pembayarannya bermula pada bulan Ramadan sehinggalah sebelum terbenam matahari satu Syawal. 

Malah, setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, pasti kelihatan kaunter-kaunter pembayaran zakat tersebut dibuka di beberapa tempat termasuk di tapak bazaar Ramadan. Namun, bagaimana pula dengan hukum zakat fitrah ke atas orang yang telah meninggal dunia ketika bulan Ramadan, adakah ia masih wajib untuk dilaksanakan atau tidak?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini bergantung mengikut situasi sama ada zakat tersebut perlu dibayar atau tidak bagi pihak si mati. Dikongsikan dua situasi yang mudah untuk difahami oleh umat islam yang lain.

Pertama, jika seseorang itu meninggal dunia setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan, maka hukum wajib zakat fitrah pada si mati tidak gugur dan perlu dibayar bahkan pelaksanaannya wajib diuruskan oleh warisnya yang masih hidup.

Ia telah termaktub dalam nas syarak melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada orang yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”

(Riwayat Muslim: 984)

Penerangan dari Imam al-Nawawi menjelaskan lagi bahawa wajib seseorang itu wajib mengeluarkan zakat setelah terbenamnya matahari dan masuknya sebahagian malam Aidilfitri. Dengan kata lain, apabila seseorang yang hidup pada bulan Ramadan dan sempat melalui malam satu syawal sebelum meninggal dunia makan zakat fitrah perlu dibayar.

Bagi menguatkan lagi penerangan berkenaan situasi ini, dikongsikan oleh al-Qadhi Abu Syuja’:  

فتُخرَج زكاة الفطر عمن مات بعد الغروب دون من وُلد بعده

Maksudnya: “Zakat fitrah wajib dikeluarkan ke atas sesiapa yang mati selepas terbenamnya matahari, namun tidak wajib ke atas yang lahir selepas itu”

(Rujuk Fath al-Qarib al-Mujib: 131)

Kedua adalah situasi di mana jika umat Islam itu  meninggal sebelum terbenamnya matahari pada akhir Ramadan (sebelum masuk malam 1 syawal) maka tidak diwajibkan zakat fitrah. Jadi, walaupun perkara ini mudah fahami,  janganlah sesekali anda ambil mudah kerana ia merupakan tanggungjawab kita suatu hari nanti. - Getaran, 15 April 2023 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

2

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari