web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parlimen: Mohon Sijil Khas Jika Tidak Boleh Divaksin Atas Faktor Perubatan - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 3:34PM

Khairy Jamaluddin berkata mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor perubatan, perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang tidak boleh menerima vaksin COVID-19 atas faktor perubatan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor perubatan seperti alahan kepada vaksin, perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka.

Beliau berkata individu terlibat perlu hadir ke PKD dan mengemukakan borang khas ‘Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu’ yang disahkan oleh pakar perubatan.

“Borang khas itu hendaklah disahkan oleh pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu berkenaan,  pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospital kerajaan yang berpakar atau pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.

“Sijil digital melalui MySejahtera itu akan diperoleh dalam tempoh satu minggu jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat yang ditetapkan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) mengenai alternatif untuk individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor kemudaratan kesihatan dan pewujudan dokumentasi yang dikhususkan bagi golongan itu untuk tujuan pergerakan fizikal.

Mengulas lanjut, Khairy berkata pakar perubatan juga akan menasihatkan individu berkenaan bagi pengambilan vaksin dari jenis lain yang bersesuaian.

“Jika seseorang didapati menghidapi alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan, manakala jika disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin COVID-19 atas sebab perubatan, individu itu perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dengan lebih ketat secara kendiri,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Isnaraissah Munirah berhubung tindakan kerajaan terhadap individu antivaksin dan mereka yang bergantung kepada kad vaksinasi, Khairy berkata seperti yang ditetapkan kerajaan terdapat beberapa kelonggaran yang hanya diberikan kepada mereka yang lengkap vaksinasi.

Bagi penerima vaksin yang tidak mempunyai peranti digital pula, golongan itu boleh menggunakan kad vaksinasi yang diterima di pusat pemberian vaksin (PPV) sebagai bukti vaksinasi dan sekiranya kad itu hilang perlu dilaporkan di PKD terdekat, kata Khairy.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan kerajaan tidak menafikan hak setiap individu yang berada di negara ini untuk divaksin termasuk penduduk yang tidak mempunyai dokumentasi lengkap kewarganegaraan atau masalah status imigresen.

“Dasar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah no wrong door policy (semua diterima dan dilayan)… yang penting bukan status imigresen tapi soal kesihatan awam, sebab itu kita utamakan vaksinasi kepada semua yang ada di Malaysia,” katanya menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai pemberian vaksin kepada individu tanpa dokumentasi lengkap kewarganegaraan dan pendatang tanpa izin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 17 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad