web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Susah Hati, Boleh Gunakan Pakaian Harian - Kementerian Pendidikan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 4:44PM

Ibu bapa melakukan persiapan akhir menjelang pembukaan sekolah pada minggu depan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Semua murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kelonggaran untuk memakai pakaian harian, asalkan kemas dan bersopan apabila sekolah dibuka semula 1 Mac depan.

Kebenaran itu diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

Keputusan berkenaan diumumkan Kementerian Pendidikan menerusi satu kenyataan media hari ini, selepas mengambil kira keadaan semasa serta pertanyaan dari ibu bapa tentang peraturan pemakaian seragam sekolah.

“Kementerian berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” kata kenyataan itu

Seorang kanak-kanak mencuba pakaian seragam di sebuah kedai menjelang pembukaan sekolah secara berperingkat mulai minggu depan
Seorang kanak-kanak mencuba pakaian seragam di sebuah kedai menjelang pembukaan sekolah secara berperingkat mulai minggu depan

Pembukaan sekolah pada 1 Mac itu selari dengan pengumuman Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini, yang mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai tarikh tersebut.

Sekolah ditutup sejak 18 Mac apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana pandemik COVID-19 sebelum dibuka buat seketika pada Jun.

Jumlah kes yang meninggi susulan gelombang ketiga pandemik bagaimanapun memaksa ia ditutup semula bermula November lalu.

Sepanjang penutupan, sesi persekolahan dijalankan secara maya melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – Getaran, 24 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Gaya 1 tahun yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad