web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

Selepas dikecam bertubi-tubi dan mendapat pelbagai respon daripada pelbagai pihak, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) setuju bendera Malaysia kembali kepada warna asal.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 8:00PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuasa media sosial sekali lagi terbukti apabila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akhirnya memberi jaminan yang rekaan set pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 akan ditambah baik.

Perkembangan terbaharu ini sudah pasti menggembiraan kerana sebelum ini MOM tetap dengan pendirian mereka untuk tidak melakukan sebarang perubahan terhadap rekaan baju itu biarpun dikecam tertubi-tubi oleh orang ramai di pelbagai platform media sosial.

Memetik laporan sebuah portal berita, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah mengarahkan MOM bekerjasama dengan pihak penaja, Yonex untuk membuat
penambahbaikan terhadap pakaian rasmi berkenaan.

Malah, beliau juga mengarahkan agar logo MOM dan bendera Malaysia kembali kepada warna asal.

"Kami komited untuk memastikan setiap ahli dalam kontinjen ini berpakaian dengan cara yang membawa kebanggaan kepada negara dan rakyat," ulas Norza.

Sebelum ini, set pakaian dari kepala hingga kaki itu memperlihatkan penggunaan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang berona emas kerana pasukan pereka berpendapat ia mungkin gambaran terbaik buat aspirasi kontinjen membawa pulang pingat emas sulung Malaysia.

Terdahulu, My Creative Moment, pihak penganjur yang bertanggungjawab untuk acara pelancaran di The Exchange, TRX tampil memohon maaf kepada MOM, Kementerian Belia dan Sukan, serta peminat sukan negara atas apa yang berlaku pada acara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga berkata, pakaian yang dilancarkan sempena Hari Olimpik 2024 itu bukanlah untuk dipakai oleh kontinjen negara ketika majlis perasmian Sukan Olimpik di Paris nanti, tetapi ia untuk kegunaan harian atlet dan pegawai pada temasya itu kelak. - Getaran, 28 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN