web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rogol Dan Sumbang Mahram Kelantan Meningkat 6 Peratus - Shafien

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 7:49PM

Shafien berkata pada awalnya kes berlaku di antara pasangan yang suka sama suka, namun kerana mangsa di bawah umur ia menjadi kes jenayah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Jenayah rogol dan sumbang mahram di Kelantan meningkat lebih enam peratus sepanjang Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, peningkatan itu dapat dilihat, apabila tempoh sama pada 2020 hanya mencatatkan 54 kes, berbanding 65 tahun ini.

Menurut beliau, perkembangan ini amat membimbangkan apatah lagi majoriti mangsa adalah gadis di bawah umur.

“Pada awalnya kes berlaku di antara pasangan yang suka sama suka, namun kerana mangsa di bawah umur ia menjadi kes jenayah.

“Ada kalangan mereka ini kenal menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp sebelum mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dan sebahagian besar menetap berdekatan atau daerah yang sama,” katanya selepas lawatan di Balai Polis Jelawat di sini hari ini.

Shafien berkata, kebanyakan kes membabitkan mangsa yang berumur di antara 13 hingga 16 tahun, manakala pelaku berusia di bawah umur hingga 31 tahun.

Mengulas lanjut beliau berkata, kes rogol ini sering berlaku di rumah mangsa dan pasangan lelaki, ketika ibu bapa serta penjaga tiada di rumah atau sedang tidur.

“Perkara ini (rogol) berlaku kerana kurang pemantauan daripada ibu bapa dan kita menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi membendung jenayah terbabit,” katanya.

Pada masa yang sama, sejumlah 159 tangkapan kes rogol dibuat sepanjang 2020 manakala 75 lagi setakat tahun ini.

“Kesemua tangkapan itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 5 September 202

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad