web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baskin-Robbins Malaysia Meraikan Citarasa Malaysia Sempena Merdeka

Restoran yang terkenal dengan hidangan aiskrim lazat pelbagai perisa ini tampil dengan seleksi menu citarasa Malaysia sempena meraikan kemerdekaan negara

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2024 6:39PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aiskrim dengan sambal nasi lemak mungkin dianggap kombinasi janggal, tetapi jangan tak tahu, ada yang jatuh hati dengannya kerana ia memberikan sensari rasa yang lain daripada lain. 

Jika anda belum pernah mencuba, apa kata singgah ke restoran Baskin-Robbins berdekatan untuk menikmati keunikan rasa ‘Sambal Sundae’ iaitu aiskrim perisa kelapa yang disimbah dengan Sambal Nasi Lemak Village Park dan dihidangkan dalam kon wafel yang adunannya turut ditambah dengan sambal.

Menu istimewa ini dibawakan oleh Baskin-Robbins Malaysia dengan kerjasama Jaya Grocer sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini. Selain itu, anda juga boleh meneruskan eksplorasi rasa dengan mencuba set ‘Lat-Tali-Tart’ yang menggoda dan berinovasi.

Menampilkan empat cita rasa unik yang diinspirasikan daripada perisa yang berakar umbi dalam budaya Malaysia seperti nasi lemak, roti bakar mentega kaya, kopi dan durian, menu baharu ini diyakini mampu menambat selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tart Nasi Lemak Village Park menyajikan kelainan baru pada hidangan kegemaran, menggabungkan aiskrim kelapa berkrim dengan sambal pedas dan ikan bilis goreng rangup dalam kulit tart mentega.

Tat Kopi Dinosaur pula menggandingkan aiskrim Jamoca™ Almond Fudge yang kaya dengan keriting coklat dalam kulit tart yang rangup, sesuai untuk penggemar kopi dan coklat. 

Tart Roti Bakar Mentega Pandan Kaya mentafsir semula sarapan klasik Malaysia, menggabungkan aiskrim vanila yang licin dengan taburan kaya yang kaya, di atasnya dengan blok mentega sejuk dalam kulit tart emas.

Akhir sekali, tart Durian King ialah pencuci mulut yang berani untuk penggemar durian sejati, menampilkan aiskrim vanila berkrim yang digandingkan dengan puri durian eksotik dan kepingan pistachio rangup dalam kulit tart yang halus.

Kesemua menu baharu ini diyakini mampu menambat selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Lebih mengujakan, gabungan kreatif citarasa tradisional Malaysia dengan aiskrim ini juga mampu mencipta pengalaman kulinari yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama, sesuai dengankempen promosi yang dinamakan “Makan Brsama’.

Pada majlis pelancaran yang diadakan di Baskin-Robbins' Flavour Concept Store di The Exchange TRX baru-baru ini, tetamu dan pihak media yang hadir turut berpeluang mencuba kesemua hidangan ini. 

Mereka bahkan diberi kesempatan meneroka lebih 50 perisa aiskrim berbeza untuk mencari gandingan sempurna dengan Sambal Nasi Lemak Village Park mengikut kegemaran masing-masing.

Hasilnya, perisa teratas yang dipilih sebagai gandingan terbaik dengan sambal ialah Coconut, It Takes Two To Mango, Mango Sticky Rice dan Citrus Twist Ice.

Bagaimanapun, Baskin-Robbins Malaysia mengesyorkan aiskrim perisa kelapa, coklat, It Takes Two to Mango, dan Peanut Butter ‘N Chocolate untuk digandingkan dengan sambal kerana setiap satunya melengkapkan rasa unik sambal.

Makan BRSama dengan ‘Sambal Sundae’ dan set ‘Lat-Tali-Tart’ tersedia untuk waktu terhad. Jadi, jika anda ingin mencuba hidangan istimewa ini, anda perlu dapatkannya sebelum 1 Oktober nanti. 

Di samping menu masa terhad baharu, Baskin-Robbins Malaysia turut menawarkan promosi istimewa sempena Hari Merdeka yang ke-67 dengan membawakan promosi 6.7.

Promosi ini menawarkan Junior Milkshake dan Single King untuk belian kedua dengan harga RM 6.70 sahaja. 

Baskin-Robbins telah menjadi jenama yang digemari di Malaysia sejak 1988. Dengan 153 kedai di seluruh negara, ia telah menjadi sebahagian daripada kenangan keluarga dan mencipta memori kanak-kanak yang tidak boleh dilupakan. - Getaran, 25 Ogos 2024

Foto : Rahayu MN & Baskin-Robbins Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN