web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

Setiap kota atau daerah punya tarikan makanan yang berbeza, jadi anda mesti luangkan masa untuk acara makan-makan

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 12:06PM

Soto Betawi antara menu wajib cuba jika berkunjung ke Indonesia - Gambar Linggau Pos

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu tarikan yang menggamit kedatangan pengembara ke Indonesia ialah makanannya. Walaupun ada banyak hidangan Indonesia yang boleh dinikmati di Malaysia, namun keunikan rasanya yang asli hanya boleh ditemui di negara asalnya. 

Antara menu yang memikat selera ialah Nasi Padang, Soto Betawi, Sate Minang, Nasi Uduk dan banyak lagi. 

Mengimbas kembali saat-saat menikmati hidangan itu, boleh membuatkan kita kecur liur dan ingin cepat-cepat terbang ke sana. 

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Indonesia, berikut adalah lima hidangan yang mesti anda cuba apabila berpeluang ke sana nanti. 

1. Nasi Goreng

Foto : IG @nasgormafia

Nasi Goreng Indonesia sentiasa menjadi buruan rakyat Malaysia apabila bercuti ke sana kerana ia punya keunikan rasa tersendiri. 

Umumnya, nasi digoreng bersama kicap manis, bawang merah, bawang putih, lada dan pelbagai rempah lain, kemudian disajikan bersama telur, ayam goreng, dan keropok sayur. 

Jika ke Jakarta, boleh panjangkan kaki ke Nasi Goreng Kambing Kebon Sirih yang terletak di Menteng. Gerai makan di pinggir jalan ini sudah menjadi destinasi pelancongan wajib dalam kalangan warga tempatan juga. Nasi goreng kambing adalah menu paling popular. Harganya Rp58,000 untuk sepinggan penuh.

Selain itu, terdapat rangkaian restoran nasi goreng yang popular di Indonesia iaitu Nasi Goreng Rempah Mafia. Di sini anda boleh menikmati lebih daripada 10 jenis nasi goreng yang dimasak menggunakan rempah-ratus istimewa dan yang paling menarik anda boleh pilih tingkat kepedasan. 

Daripada menenangkan (tidak pedas) sehinggalah mematikan (super pedas). Setiap jenis nasi goreng di sini dinamakan dengan gelaran-gelaran samseng sepert God Father, Gangster, Yakuza, Badboyz, Preman, dan Triad.

2. Nasi Kucing

Foto : IG @gerobakbetawi

Menu popular di Jogjakarta kerana ia dijual pada harga yang cukup murah iaitu sekitar Rp3000 ke Rp10000 sebungkus. 

Hidangan ini dinamakan sebagai Nasi Kucing kerana ia dihidangkan dalam saiz yang sangat kecil, seperti untuk diberi makan kepada kucing. Sebungkus nasi pasti tidak cukup untuk seorang dewasa.

Kebiasaannya, Nasi Kucing ditambah sambal, ikan, dan tempe, lalu dibungkus menggunakan daun pisang. Namun, untuk menambah selera, terdapat banyak lauk-lauk lain yang boleh dibeli untuk dinikmati bersama Nasi Kucing. Lauk-lauk tambah ini juga dijual pada harga yang murah.

Nasi Kucing dijual di gerai-gerai tepi jalan atau kaki lima yang dikenali sebagai angkringan. Pengalaman makan di angkringan memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika makan bersama teman-teman dengan duduk bersila. 

3. Ceker Setan 

Menu ini sangat popular dalam kalangan penduduk Malang, bandar yang terletak kira-kira dua jam daripada ibu kota Surabaya, Indonesia. 

Gambar Merdeka.com
Gambar Merdeka.com

Ceker setan adalah masakan kaki ayam yang digoreng dengan sambal istimewa yang super pedas. Ceker dalam bahasa Malaysia ialah kaki ayam, manakala perkataan setan digunakan bagi menggambarkan tahap kepedasan menu tersebut. 

Selain kaki ayam, ada juga gerai yang menyediakan pilihan kepak ayam.

Biarpun pedas, tetapi rasanya cukup enak, terutamanya jika anda gemar hidangan pedas. Menu popular ini tidak dijual bersama nasi kerana ia adalah makanan lewat malam dalam kalangan muda-mudi yang suka melepak sehingga lewat malam, terutamanya di hujung minggu. 

4. Rawon

Foto : IG @infomakansolo

Hidangan yang berasal dari Jawa Timur ini mempunyai rasa istimewa, masam, manis, dan mewah dengan rasa rempah ratus. Ia adalah sup daging lembu berkuah hitam yang selalunya dimakan bersama nasi panas.

Daging rawon biasanya menggunakan daging di bahagian dada (brisket) dan dipotong kecil-kecil. Salah satu ramuan yang mesti ada untuk memasak sup rawon ialah buah keluak atau dipanggil buah keras di Malaysia. Untuk melengkapkan hidangan, sup rawon seringkali didatangkan bersama telur masin, pucuk tauge, hirisan limau nipis, keropok udang, dan sambal. 

5. Ayam Bakar Taliwang

Foto : IG @menumasak_an

Ayam Bakar Taliwang merupakan hidangan istimewa berasal dari Lombok. Menggunakan ayam kampung yang hanya berusia beberapa minggu, terdapat dua cara untuk menyediakan hidangan ini, sama ada dibakar di atas bara api arang atau digoreng.  

Rempah yang pedas dilumurkan pada ayam selama proses memasak sehingga kepedasannya meresap ke dalam isi ayam. Bagaimanapun, ada juga yang memasaknya dengan cara moden dengan memanggang di dalam ketuhar.

Rasanya pedas menyengat, tetapi membuka selera. Paling enak dimakan bersama sepinggan nasi panas dan plecing kangkung segar (kangkung rebus dengan paduan sambal pedas). Gaulkan pula nasi bersama kicap manis. Bukan kepalang nikmatnya. - Getaran, 25 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN