web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmati Kelazatan Daging Lembu, Bebiri Muda Australia Di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Bangkitkan deria rasa anda dengan seleksi hidangan yang dihasilkan oleh chef yang memenangi anugerah

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 8:11AM

Bebiri muda Australia menghasilkan rasa yang lembut dan berjus

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daging lembu dan bebiri muda kambing halal terbaik Australia adalah hasil padang rumput ternak hijau yang subur, udara segar, cahaya matahari dan air bersih. Daging lembu Australia sentiasa menjadi pilihan unggul, dengan rangkaian tekstur, kelembutan, profil rasa dan kualiti pemakanannya. 

Rangkaian besarnya termasuklah produk daging lembu yang diberi makan rumput berkualiti, bijirin, organik beserta baka yang berkualiti tinggi seperti Wagyu, Hereford dan Angus. Kambing bebiri muda Australia adalah sumber protein yang bermutu tinggi, lazat dan sihat.

Chef Cash menunjukkan teknik yang betul untuk menyediakan sushi dan onigiri
Chef Cash menunjukkan teknik yang betul untuk menyediakan sushi dan onigiri

Jika anda penggemar daging, pasti anda bersetuju seleksi daging lembu dan bebiri muda kambing Australia halal menjanjikan kesegaran rasa, mewah berperisa dan cukup sempurna untuk digandingkan dalam pembuatan sushi Jepun. 

Sushi yang baik tidak semestinya hanya menggunakan hidupan laut. Sushi yang dibuat dengan daging lembu Australia Wagyu, Hereford dan Angus, misalnya, akan menaikkan beberapa tahap dalam rasa dan tekstur. 

Seleksi sushi yang menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia
Seleksi sushi yang menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia

Bebiri muda dalam sushi mungkin kedengaran pelik, tetapi sebenarnya ia memberikan satu lagi dimensi rasa yang menarik kepada peminat sushi dan onigiri. Ingat! Bebiri muda Australia ialah pilihan protein yang sihat.

Sempena meraikan kunjungan Chef Cash Fong untuk siri #DineWithChef di Grand Hyatt Kuala Lumpur sehingga 3 September ini, Daging & Ternakan Australia (MLA) dengan kerjasama Grand Hyatt Kuala Lumpur telah mengadakan ‘Masterclass Sushi’ dengan menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia untuk pihak media baru-baru ini.

Peserta yang menhadiri ‘Masterclass Sushi’ baru-baru ini
Peserta yang menhadiri ‘Masterclass Sushi’ baru-baru ini

Chef Cash Fong yang merupakan Chef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, mengendalikan masterclass eksklusif ini di THIRTY8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan menunjukkan cara yang lazat untuk membuat sushi dan onigiri menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia.

Chef Cash Fong
Chef Cash Fong

Media juga telah dijemput untuk merasai hidangan Jepun dalam Siri #DinewithChef. Antaranya ialah Platter Rasa Wagyu Australia, Wagyu Tataki Australia, Stik Kohitsuji Miso (bebiri muda Australia) dan Stik Wasabi Australia. Ternyata setiap hidangan yang dipersembahkan ini membuatkan deria rasa terbuai seketika. 

Sushi dan onigiri yang dihasilkan peserta
Sushi dan onigiri yang dihasilkan peserta

Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik. Sebagai makanan berkhasiat semula jadi, daging lembu yang diberi makan rumput dilihat sebagai komponen penting untuk diet yang sihat, semula jadi rendah lemak dan kolesterol. Ia mengandungi 12 nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik, termasuk vitamin Zat Besi, Zink, Omega-3 dan B.

Daging lembu Australia yang diberi bijirin termasuk daging lembu Wagyu Australia berasal daripada lembu yang telah diberi makanan yang seimbang dari segi pemakanan untuk tempoh tertentu. Ini menghasilkan marbling yang dipertingkatkan, dengan kelembutan yang ditambah baik, lebih berjus dan rasa yang lebih baik.

Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik
Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik

Bebiri muda Australia, yang diternak terutamanya di padang rumput, menghasilkan daging tanpa lemak yang berkhasiat serta mengandungi 12 nutrien penting sama seperti daging lembu Australia. - Getaran, 1 September 2023

Foto : Syadila Amri

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia